Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 16, 2022 @ 8:57pm

“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

Selepas dikatakan ‘naik hantu’ dengan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Membuat dakwaan terbabit di ruangan Instagram Story, Fizi berkata dia menghormati Shakilla dan tidak mahu membuka mulut berkenaan hal rumah tangga mereka kerana menghormati wanita itu.

Namun, Fizi juga memaklumkan bahawa tindakan bekas isterinya itu membuatkan kehidupannya kini berantakan.

Memandangkan isu ini masih panas, Shakilla tampil memberikan respons berhubung dakwaan bekas suaminya itu.

Memetik laporan Gempak, Shakilla tidak mahu mengulas lanjut berkenaan isu ini.

“Saya minta maaf ya… Saya tak tahu pasal status dia. Mungkin boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang. Sorry ya…

“Ada ramai yang kongsikan status dia. Tapi saya tak nak komen apa-apa.

“Sebab saya pernah cakap. saya taknak komen apa-apa dah fasal saya dengan FIizi. Saya rasa saya dengan dia baik-baik sahaja,” katanya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali Naik Hantu Dengan Shakilla Khoriri?

 

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Apr 2018

I’m Scared – Reaksi Fathia Latiff Setelah Dipanggil SKMM Kerana Salah Guna Media Sosial

Kelantangan Fathia Latiff melalui laman media sosial sebelum ini akhirnya membawa padah.

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Beto Kusyairy Respons Sikap Sesetengah Pihak Tonton Filem Libang Libu Untuk Cari Salah – “Rugilah Kalau…”

Beto Kusyairy terbuka menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu.

Featured Fri, 7 Oct 2022

[VIDEO] Tak Sabar Nak Cium Isteri, Suami Tasnim Shah Dikecam – “Gaya Macam Mat Rempit, Tak Jaga Aib!”

Alamak, apa kes ni gais? Tengah kecoh kat Twitter tuu 🥵 Mungkin Amin Daniel saja bergurau tapi…. 🥲

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Zarina Zainoordin Bengang Asyik Ditanya Soalan Kahwin

Ish, netizen yang suka menyibuk hal orang lain…next time jangan tanya soalan sama lagi ok?

#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Trending Wed, 10 Apr 2019

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Sampai macam tu sekali mak bapak diorang sanggup bayar semata-mata anak diorang masuk Universiti? OMG!

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

“Kadang-Kadang Susah…Osman Ali Sangat Teliti” – Remy Ishak

Pelakon terkenal Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak teruja dengan Ombak Rindu The Series, lakonan terbarunya dengan Izara Aishah, yang bleh ditonton dengan percuma di iFlix.  Remy berkata terdapat 4 episod di […]

error: Content is protected !!