Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2023 @ 1:06pm

Tampilkan Hazama, Ernie Zakri… MPO Beri Penghormatan Kepada Sudirman

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) meneruskan keraian ulang tahun ke-25 pada tahun ini dengan satu konsert penghargaan untuk bintang lagenda tanahair, Datuk Sudirman Haji Arshad pada Sabtu, 16 September 2023 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Konsert ini merupakan langkah yang bertepatan apabila MPO memberikan penghormatan kepada ikon muzik kesayangan Malaysia pada Hari Malaysia.

Sudirman mula menempa nama setelah dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1976 dan sejarah bergulir, beliau kemudian berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur paling berjaya dan dihormati di negara ini. Antara penganjuran konsert paling berjaya di Malaysia ialah konsert terbuka beliau di Jalan Chow Kit pada tahun 1986 yang menyaksikan kehadiran seramai 100,000 orang.

Diberi jolokan “The Singing Lawyer”, kejayaan terbesar beliau ialah pada tahun 1989 apabila beliau dinobatkan sebagai juara di Salem Asia Music Award di Royal Albert Hall, London.

Sudirman bukan sahaja terkenal menerusi muziknya yang melangkau genre, bangsa dan umur malah kemampuannya dalam menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil menonjolkan lagi versatiliti beliau sebagai seorang penghibur.

Dalam konsert istimewa kali ini, MPO bakal mempersembahkan sebuah program pelbagai tema dan genre. Lagu-lagu yang bakal dimainkan termasuk alunan tradisional (Joget Kenangan Manis dan Apa Khabar Orang Kampung), balada (Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Hujan), ‘Broadway’ (Big Spender dan Memories), lagu-lagu rakyat (Punch Card dan Basikal Tua) dan, sempena Hari Malaysia, lagu-lagu patriotik seperti Warisan dan 31 Ogos.

Bakal diterajui oleh Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz (bekas penyanyi latar Sudirman), Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael. Bakat seni mereka bakal digabungkan dengan alunan muzik indah MPO semestinya menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Layari www.mpo.com.my untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan cara untuk membeli tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Dec 2022
Featured Tue, 6 Feb 2024

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Moga keputusan yang diberikan pihak Mahkamah adalah yang terbaik buat semua pihak

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

PANDAI WAK DOYOK PILIH?

Malika juga turut meng upload gambar bersama kekasihnya itu berserta status yang mungkin secara tidak langsung memberi hint tentang relationship beliau bersama Wak.

Featured Wed, 24 May 2023

Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

Baik betul Emma ni.. sanggup datang sokong Zizan!

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Kuat Untuk Bangkit Dari Kegagalan Rumah Tangga” – Nur Fazura & Rita Rudaini Dipuji Wanita ‘Besi’

Fazura dan Rita memberikan inspirasi dan kekuatan wanita untuk bangkit

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Siti Nurhaliza Rai Anak Yatim, Tahfiz Serta Penggiat Seni & Pihak Media Yang Memerlukan Dalam Majlis Silaturahim Ramadan

Siti Nurhaliza meneruskan komitmennya dalam kerja kebajikan dengan menganjurkan Majlis Silaturahim Ramadan.

error: Content is protected !!