Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 24, 2023 @ 3:47pm

Rayuan Diterima Atau Tidak? Nasib Amelia Henderson Bakal Diketahui Jumaat Ini

Keputusan rayuan pelakon, Amelia Henderson berikutan isu saman dan bayaran ganti rugi lebih RM200.000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd akibat pelanggaran kontrak drama bakal diketahui Jumaat ini.

Memetik laporan Harian Metro, Leong Wai Homg selaku Pesuruhjaya Kehakiman menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar rayuan peguam mewakili Ameliq, iaitu Mansheel Kaur.

“Saya akan memberikan keputusan (rayuan Amelia) Jumaat ini. Jika pihak-pihak ada menyelesaikan perkara (rayuan) secara baik sebelum keputusan sila maklum juga pada Jumaat ini, katanya.

Terdahulu, Amelia memfaikan rayuan fi Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen memerintahkannya untuk membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida Production pada 18 April lalu.

Sebelum ini pengarah dan penerbit terkenal A Aida mendedahkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian drama Cinta Sekali Lagi yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman membabitkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

泰风来袭!泰国人气男团「SBFIVE」817来马会见粉丝

泰风来袭!泰国人气男团「SB FIVE」8月17日来马会见粉丝~

Hiburan Wed, 29 May 2024
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fasha Sandha Muat Naik Gambar Seksi, Aliff Syukri Pula Yang Over

Komen yang ditinggalkan oleh Aliff Syukri yang dianggap sebagai membuka aib isterinya

Fab Foodies! Wed, 15 May 2019

Biar Betul! Buffet Best Ramadhan 2019 Paling Murah Di Dorsett Grand Subang

Serius la Buffet Ramadhan kat Dorsett Grand Subang serendah RM 99! Jom serbu!

error: Content is protected !!