Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 7, 2023 @ 11:10am

Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

Pelakon jelita, Amelia Henderson diarah untuk membayar lebih RM200,000 selepas dilaporkan telah melanggar kontrak syarikat penerbitan, A. Aida Production Sdn Bhd.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Zulqarnain Hassan turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video berunsur fitnah terhadap syarikat produksi tersebut.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Datuk A. Aida ketika ditemui meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang berpihak kepadanya.

“Dulu dari pihak kita untuk berdamai dengan dia tak mahu. Dengan Idris Khan saya berdamai. Tapi dia (Amelia) tetap nak lawan saya. Dan saya yakin saya di pihak yang benar. Ok jom, kita lawan.

“Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini kemenangan berpihak pada saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Sebelum ini, Amelia dan pelakon jejaka, Idris Khan telah didakwa di mahkamah atas melanggar kontrak drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali kerana menarik diri disaat akhir.

Susulan itu, pihak penerbitan A.Aida terpaksa menanggung kerugian merangkumi pendahuluan terhadap pelakon, penulis skrip, penolong pengarah, suntingan, krew, pengankutan dan peralatan penggambaran.

Idris bagaimanapun telah menyelesaikan kes saman tersebut bersama A. Aida di luar mahkamah, manakala Amelia tetap dengan pendiriannya mahu bawa isu ini ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Produksi A Aida Dakwa Syarikat Alami Kerugian, Dedah Tindakan Amelia Henderson Jejas Imej Syarikat

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Kredit: Melodi TV3, Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Bawa ‘Teman Istimewa’ Ke Malam Gala Filem Pontianak 200 KG, Hati Aya Amiruddin Kembali Berbunga?

Wahhh, hati Aya dah kembali berbunga-bunga cinta dengan siapa tu? Hehe

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Tak Salah Lelaki Muda Bercinta Dengan Wanita Berusia” – Mierul Aiman

Mierul Aiman anggap netizen masih belum terbuka isu bercinta dengan wanita berusia

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Teruja Punya Pasal…Kak Lina Pom Pom ‘Ditegur’ Shuk Sahar?

Excited punya pasal, sampai terlupa tau!

Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Featured Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!