Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2025 @ 5:52pm

“Tak Salah Lelaki Muda Bercinta Dengan Wanita Berusia” – Mierul Aiman

Pelakon popular, Mierul Aiman tidak melihat hubungan cinta lelaki muda dengan wanita berusia sebagai sesuatu yang janggal atau salah, meskipun topik itu sering menimbulkan perdebatan.

Menurut Mierul, 26, pandangan serong masyarakat mungkin timbul kerana situasi sebegitu masih jarang berlaku secara terbuka.

“Orang rasa pelik bila lelaki muda bercinta atau berkahwin dengan wanita lebih tua sebab ia bukan sesuatu yang selalu mereka lihat. Jadi mereka anggap tak normal.

“Sedangkan, bagi saya itu bukan satu kesalahan cuma sebahagian proses kehidupan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Isu cinta jarak usia itu turut diangkat sebagai jalan cerita utama drama lakonan terbarunya, Seadanya Kita di platform VIU Malaysia.

Dalam drama berkenaan, Mierul membawakan watak Kerol, seorang lelaki muda yang jatuh cinta dengan Alani lakonan Emma Maembong.

Juara Hero Remaja 2021 itu mengakui, menjayakan watak tersebut menuntutnya memahami secara mendalam realiti dan emosi pasangan yang berdepan perbezaan usia.

“Saya kena faham logik di sebalik hubungan cinta jarak umur. Bila saya selami watak Kerol, baru saya sedar betapa rumitnya isu ini… tapi dalam masa sama, ia tetap sesuatu yang masuk akal,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Kalau Dah Jodoh, Tak Salah Ibu Tunggal Berkahwin Dengan Lelaki Muda” – Emma Maembong 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Jun 2020
Featured Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

[VIDEO] DSV & Cik B Bergelut Dalam Bilik Air, Gara-Gara Seekor….

Aduh nasib baik ada Mama kan boleh tolong tangkap spider

Featured Mon, 2 Dec 2024

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Datuk Ameer Ali Mydin memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

error: Content is protected !!