Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 28, 2024 @ 11:07am

Isu Cucu Cabul Sepupu, Khadijah Ibrahim Mahu Keluarga Selesai Masalah -“Ini Masalah Kecil Antara Orang Bercinta”

“Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta”.

Penyanyi senior, Datuk Khadijah Ibrahim, mendedahkan bahawa remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah pada Disember tahun lalu adalah cucunya.

Katanya memetik temu bual Melodi TV3, Khadijah, 64, memaklumkan kedua-dua cucunya itu menjalin hubungan cinta dan masalah timbul disebabkan wujud hasutan daripada orang luar.

“Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

“Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta.

“Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar. Kadang-kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik,” ulasnya.

Menyifatkan apa yang berlaku bukanlah satu perkara yang tragis, pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini mengaku tidak kisah jika terkena tempias daripada kontroversi yang berlaku.

“Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

“Saya tak kisah (terkena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.

“Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja,” katanya.

Mengulas lanjut, Khadijah bagaimanapun enggan menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-duanya merupakan cucu yang dia sayang, selain mahu berfikiran positif memandangkan hubungan kekeluargaan antara kedua-duanya sangat baik.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang saya sayang.

“Saya selalu cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okay.

“Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ia perkara remeh,” jelasnya.

Terdahulu, tular dakwaan yang menyatakan cucu lelaki kepada seorang penyanyi popular era 70-an mencabul sepupu perempuan yang masing-masing berusia 17 tahun.

Susulan itu, ibu kepada remaja lelaki tersebut tampil memberi kenyataan ketika di temui di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Februari lalu.

 

Sumber: Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Ayu Damit Jadi ‘Gedik’ Untuk Tak Cari Lain

Tak Cari Lain juga merupakan percubaan pertama Ayu menyanyikan lagu berentak ala-ala Arab gitu…

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Pendakwah Popular Ini Terus Dikritik Selepas…

Menerusi Tweet pendakwah muda ini, dia menulis apa yang terjadi di Indonesia termasuk di Lombok adalah satu pengajaran dari Allah SWT kerana maksiat telah banyak berlaku terutamanya di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

ntv7、八度空间「第四届亚洲彩虹盛典」大放异彩!9项入围大获全胜

ntv7和八度空间前天公布获9项提名入围第四届亚洲彩虹盛典,昨晚(12日)在颁奖典礼上写下了傲人的全胜纪录,大放异彩!

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Wed, 28 Oct 2020

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Buat pasangan suami isteri yang terpisah tu, kena patuh SOP juga okay!

error: Content is protected !!