Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2022 @ 7:31pm

“Tak Boleh Cakap Anak Tak Sah Taraf Kalau…” Peguam Ini Perjelas Isu Watak Cahaya Malaika Dalam Suamiku Lelaki Pendosa

Drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa yang bersiaran di slot Samarinda ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi kerana mengetengahkan isu lelaki songsang dan sebagainya.

Namun, jalan cerita yang diadaptasi dari novel ini juga turut menjadi perhatian beberapa pihak apabila status watak utamanya, Cahaya Malaika yang dilakonkan oleh Sophia Barakbah menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Ekoran isu tersebut, peguam syarie dan juga Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli dalam Facebooknya tampil menerangkan mengenai status sebenar Cahaya Malaika dalam konteks guaman dan undang-undang islam.

Menurutnya, anak tidak sah taraf dari sudut undang-undang dan hukum syarak adalah anak yang lahir kurang daripada 6 bulan Qamariah selepas perkahwinan atau dalam masa 4 tahun Qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan disebabkan kematian lelaki atau perceraian serta tidak berkahwin semula.

“Kalau ikut cerita ini, Cahaya Malaika dilahirkan dalam perkahwinan Firdaus dan isterinya. Cuma, selepas dilahirkan, ada tanda-tanda yang anak tersebut tidak serupa sifat fizikalnya dengan bapanya.

“Kemudian dikuatkan lagi dengan semakan DNA yang menunjukkan tidak ada darah/genetik Firdaus. Meskipun, isterinya mengakui yang dia ada terlanjur dengan lelaki lain, namun mereka tidak bercerai kerana demi melindungi maruah keluarga serta maruah anak tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, keputusan DNA (asid deoksiribonukleik) juga tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab kerana ia perlu menggunakan kaedah Li’an seperti yang disebut dalam al-Quran.

“Keputusan analisa DNA walaupun lebih saintifik dan moden, ia tidak boleh digunakan untuk MENAFIKAN NASAB. Tetapi, kalau nak digunakan sebagai bukti MEMBUKTIKAN NASAB ia dibenarkan.

“Ini kerana hukum Syarak telah menetapkan cara khusus untuk menafikan nasab iaitu melalui kaedah Li’an. Penafian nasab bermakna suatu tuduhan (qazaf) isteri berzina dengan lelaki lain. Ini berpandukan kepada Firman Allah swt di dalam Surah An-Nur ayat 6 hingga 9,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Justeru itu, Fahmi dalam hantarannya memberitahu bahawa kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengelakkan isu sebegini menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat.
“Dalam isu sebegini, sepatutnya kena ada pengkajian yang lebih mendalam sebelum dibawa kepada orang awam. Bukan apa, bimbang orang awam jadikan drama sebagai panduan.
“Dalam isu sebegini, sepatutnya kena ada pengkajian yang lebih mendalam sebelum dibawa kepada orang awam. Bukan apa, bimbang orang awam jadikan drama sebagai panduan.
“Drama yang complicated dan luar biasa ni bagus, cuma dapatkan nasihat terlebih dahulu jika ia melibatkan hukum dan undang-undang.
“Saya mohon agar perkongsian saya ini dipanjangkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga memberi manfaat,” katanya.
Perkongsian dan penjelasan Fahmi ini juga telah dikongsi lebih 5,000 kali sejak ia dimuat naik pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Sama cantik, sama padan! She tak pandang kekayaan.. She kan wanita berkerjaya 🤩🤩 Never settle for less orang kata 🤣

Trending Mon, 4 Jun 2018

Kerana Menyanyikan Lagu Raya, Wartawan TV3 Ini Dikritik

Baru-baru ini viral di media sosial apabila wartawan TV3, Amirulhakim Lokman menyanyikan lagu raya semasa membuat standupper semasa lintas langsung dalam salah satu berita yang disiarkan di TV3

Featured Tue, 24 Sep 2024

“Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Memang macam ni lah ek budak lelaki zaman now nak enjoy dengan kawan-kawan. 😎✌️

Hiburan Sun, 22 Sep 2019
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Itu Urusan Saya Dengan Allah, Kata Fathia Latiff

Perbuatan Fathia mengerjakan solat dalam kereta menjadi persoalan ramai memandangkan keadaan negara yang tidak dalam keadaan darurat dan berkemungkinan tempat yang dituju mempunyai surau.

error: Content is protected !!