Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 25, 2022 @ 1:43pm

“Tak Sempat Dia Nak Bernafas…” – Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’

Semenjak ‘kehilangan’ pempengaruh media sosial yang juga adik kepada usahawan selebriti Neelofa, Ameera Khan dari laman sosial Instagram miliknya, pelbagai spekulasi timbul dalam kalangan warganet.

Bahkan, ada antara mereka mengakui rindu untuk melihat fesyen dan perkembangan terkini Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK).

Justeru itu, bagi menjawab persolan mengenai ‘kehilangan’ Ameera, Neelofa sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini adiknya yang bertindak memadam semua foto di Instagram miliknya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Neelofa, Ameera kini sedang berehat untuk mencari haluan dirinya.

“Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu.

“Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okay, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah, so dia nak bertenang dan ‘take a step back’,” katanya.

Sementara itu, Neelofa mengakui ini bukanlah kali pertama Ameera bertindak memadam akaun Instagramnya kerana sebelum ini adiknya itu juga pernah melakukan hal yang sama.

“Seebnarnya benda ni kan dah pernah jadi… Sebagai kakak saya melihat dia membesar. Membesar pula berbeza masa zaman saya. Lgaipun masa umur 22 tahun dia dah dapat limelight lagi awal dari saya.

“So dia tak sempat nak take a step back, nak tengok mana yang kurang dalam hidup, apa yang kena diperbaiki. So, benda tu lah yang membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada mahu mengenali diri,” jelasnya.

Neelofa turut memberitahu, adiknya itu ada menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang fesyen.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Pesen Apa Pula Ni Baby…” – Tampil Pakai Bandana, Ramai Tegur Ameera Khan Lepas Ni Jangan Salahkan Netizen Sebab…

ARTIKEL BERKAITAN:Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – “Dia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Rakam Babak ‘ House Of Gucci’, Ameera Khan Dikritik Gara-Gara Kek Batik Keras

ARTIKEL BERKAITAN:Baju Terlampau Ketat Sampai Nampak Bentuk Badan, Netizen Dakwa Ameera Khan Besarkan Payudara

 

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.E合体哭了! 911音乐会「多说话or唱歌」这样决定

天团SHE成军17周年,不只将在9月11日举办万人「十七音乐会」,也特地邀请吴青峰为她们三人量身创作全新单曲《十七》!

Trending Fri, 24 Jan 2020

POWER! Nenek Usia 84 Tahun Ini Jadi Bintang Porno Untuk Sara Keluarga

Perkara ini bukan baru di negara matahari terbit tau!

Featured Wed, 12 Nov 2025

Mickey Ayo Join Trend Lagu Kacamata Afgan, Komen Nora Danish Raih Perhatian

ejaka yang dikenali sebagai Mickey Ayo sekali lagi mencuri perhatian selepas video pendek miliknya dimuat naik menerusi platform TikTok.

Hiburan Wed, 19 Jul 2023
Contest Sat, 31 Aug 2019
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

Featured Thu, 5 Jan 2023
error: Content is protected !!