Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2023 @ 6:18pm

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Penyanyi Ashira memohon semua pihak agar menghormati pemergian bekas suaminya iaitu Bad Indigo yang telah kembali kerahmatullah pada malam Khamis.

Menerusi perkongsian Ashira di Instagram Stories, dia menyelar sesetengah netizen yang mengungkit kembali kisah silamnya bersama Bad.

“Hari baik seeloknya komen yang baik-baik. Mana adab kamu semua.. masa yang banyak sangat kamu ada tu untuk menyalahkan saya nak buka cerita lama caci maki.

“Baik kamu sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak buat arwah. Saya tiada masa nak respon.

“Ingat pengakhiran kita semua belum tentu bagaimana. Allahuakbar. Semoga diampunkan dosa-dosa kalian dan juga saya, Aamin,” tulisnya.

Tambah Ashira lagi, dia memohon maaf kepada yang bertanya punca kematian bekas suaminya itu sebaliknya memohon doa semua kepada Allahyarham Bad.

“Minta maaf pada semua yang mesej langsung (DM) tanya apa sakit dan punca. Saya tak dapat nak jawab. Berita ini terlalu mengejut.

“Seeloknya kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan doakan semoga segalanya dipermudah bat keluarga dan anak-anak arwah ya.

“He’s in a better place now,” tutup Ashira.

Pada malam Khamis, penyanyi Liza Hanim memaklumkan Bad Indigo telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia Sebab Serangan Jantung, Ashira Terkejut & Hilang Kata-Kata – “Saya Masih Menggigil”

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia Sebab Serangan Jantung, Ashira Terkejut & Hilang Kata-Kata – “Saya Masih Menggigil”

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia 

Jenazah Allahyarham Bad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Untuk rekod, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.

Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Bad Indigo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Mawar Runsing Anak Dan Seisi Rumah Jatuh Sakit

Semoga semua sembuh seperti sediakala…

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Featured Sat, 11 Oct 2025

“No Wonder Ramai Sayang Faz!” – Azza Elite Tersentuh Dengan Keperibadian Fazura, Sifat Rendah Diri Buat Ramai Kagum

Menurut Azza, sebelum ini dia berasa segan untuk menegur Fazura, namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dalam sebuah acara baru-baru ini.

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Mon, 4 Aug 2025

[VIDEO] “Saya Terinspirasi Dengan Ammar Ahyan” – Nazim Othman

Nazim Othman buka lagu Kebangsaan diminati Ammar Ahyan suntik semangat

Featured Wed, 4 Oct 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sun, 16 Feb 2020

蔡琴槟城开唱!歌迷带上口罩做好防疫措施

蔡琴不受疫情影响,圆满在槟城开唱;歌迷纷纷带上口罩,做好防疫措施。

Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

error: Content is protected !!