Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 26, 2023 @ 10:00pm

Bad Indigo Meninggal Dunia Sebab Serangan Jantung, Ashira Terkejut & Hilang Kata-Kata – “Saya Masih Menggigil”

Bekas isteri kepada penyanyi Bad Indigo, Ashira mengakui tekejut dengan berita pemergian Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, pada Khamis.

Menurut laporan Gempak, Ashira mendapat perkhabaran duka itu daripada kenalan media dan menghubungi penyanyi Liza Hanim untuk mendapatkan kesahihan.

“Saya sebenarnya tak tahu apa-apa langsung sebab saya dah lost contact lama dah. Macam dia dah ada kehidupan dia kan… tak bermesej apa semua.

“Tadi tahu daripada wartawan lain, tak perasan pula Kak Liza (Liza Hanim) post. Saya call Kak Liza, nak tanya sahih ke, Kak Liza sahkan yang arwah meninggal sebab serangan jantung selepas Maghrib tadi,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mampu berkata-kata apabila mendapat tahu berita tersebut kerana bekas suaminya itu nampak sihat.

“Masa dapat tahu tadi terkejut sangat sebab selalu nampak video-video yang dia buat di tempat kerja. Nampak sihat alhamdulillah. Entahlah, saya masih speechless dan menggigil,” katanya lagi.

Menjengah ke media sosial Ashira, dia turut memuat naik hantaran di Instagram Stories yang turut berduka dengan kehilangan Bad.

Terdahulu, penyanyi Liza Hanim berkongsi berita duka penyanyi Bad Indigo telah menghembuskan nafas terakhir di media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia 

Untuk rekod, Ashira pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Bad Indigo pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.

Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Sat, 7 Oct 2023
Featured Mon, 1 Apr 2024
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Featured Thu, 26 Aug 2021

“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian. Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh […]

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

「亚洲摇滚天王」伍佰重登云顶让您尽情摇摆!

「华语乐坛」摇滚天王伍佰10月5日再次回归云顶云星剧场,粉丝一起嗨翻天!

error: Content is protected !!