Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 14, 2024 @ 5:46pm

“Jaga-Jaga Ya Kalau Nak Keluarkan Statement…” – Terkejut Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Adik, Kakak Umisya Mazlan Beri Pesanan ‘Halus

“Jaga-jaga ya kalau nak keluarkan statement apa-apa. Nak pesan awal-awal ni takut makan diri nanti,” demikian pesanan kakak kepada Umisya Mazlan, Nadia selepas menyedari tindakan pempengaruh Marissa Dania berkongsi foto mesra bersama adiknya.

Terdahulu, Umisya memaklumkan dirinya kini reda dengan perkahwinan kedua suaminya, Aslam bersama Marissa selepas anak pelakon, Abby Abadi itu memuat naik foto mereka bersama.

Artikel Berkaitan: Masih Beraya Bersama, Umisya Mazlan Kongsi Foto Dengan Aslam Untuk Elak Fitnah – “Saya Tak Suka Nak Expose” 

Artikel Berkaitan: “Saya Terima Poligami Ini, Kami Pun Dah Berdamai” – Umisya Mazlan Terbuka Bermadu Dengan Marissa Dania

Kurang senang dengan tindakan pempengaruh itu, kakak Umisya, Nadia meminta Marissa untuk tidak bertindak sesuka hati meskipun adiknya sudah reda dengan perkahwinan itu.

“tiba-tiba keluarkan gambar berdua. Dia diam, dia REDHA, dia mengalah, dia BERDAMAI DENGAN TAKDIR, bukan tiket untuk orang lain boleh “gula-gulakan” dia.

“Awak jangan lupa dia bukan “seorang” ya. Ada ramai di belakang dia.

“Tak pasal orang ingat selama ni dia drama, marketing, konten. Apooo!

“Jaga-jaga ya kalau nak keluarkan statement apa-apa. Nak pesan awal-awal ni takut-takut makan diri nanti,” tulisnya di Instsgram Story (Igs).

Pada 27 Disember lalu, Marissa dan Aslam dikhabarkan sudah bernikah di Songkhla, Thailand.

Namun, pernikahan itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Umisya serta kedua ibu bapa pempengaruh tersebut, Abby dan Norman Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Jun 2024

Pelakon Kamal Bakar Meninggal Dunia

Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah🥀

Trending Sun, 28 Aug 2022

Jadi Duta Produk Bengkung, Sherry Alhadad Tak Peduli Dengan ‘Body Shaming’

Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad semakin mendapat perhatian wargamaya apabila dia berjaya menurutkan berat badan sejak awal tahun ini. Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad mengakui dirinya tidak pernah kisah […]

Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Thu, 7 May 2026

Datuk Red Minta Maaf Kepada Adira Suhaimi, Mahu Tamatkan Perbalahan Demi Kebajikan Anak-Anak – “Harap Kita Dapat Berunding”

Datuk Red secara terbuka tampil memohon maaf kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi atas segala kekhilafannya.

Trending Fri, 30 Nov 2018

Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh

Featured Fri, 14 Jan 2022

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan […]

error: Content is protected !!