Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 14, 2024 @ 1:27pm

“Saya Terima Poligami Ini, Kami Pun Dah Berdamai” – Umisya Mazlan Terbuka Bermadu Dengan Marissa Dania

Madu kepada pempengaruh, Marissa Dania, Umisya Mazlan mengakui sudah menerima kehadiran anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim itu dalam rumah tangganya bersama Aslam.

Difahamkan, perkara itu telah dikongsikan oleh Umisya susulan perkongsian Marissa yang telah memuat naik foto mesra mereka di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

Menurut Umisya, dia reda dengan apa yang berlaku dan telah pun berdamai dengan suami serta madunya, Marissa.

“Hi assalammualaikum, ramai yang Direct message (DM) saya tanya tentang posting ni dan media pun dah mula keluarkan headline. Sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih popularity, nak nampak tersakiti, Allahu.

“Gambar ni before viral, yang dimana masa ni Marissa dan saya dah pun berbaik. Sebab? Saya terima poligami ni dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai.

“Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, everything changed, ada sedikit berbalah dan Marissa dan saya mula ada boundaries dimana masing-masing membuat hal masing-masing.

“Saya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi saya tekankan pada kes yang modelling satu brand ni, untuk jagalah sensitivity semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.

“Situasi kami now tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti marissa nak berbaik dengan saya kan? Wallahu alam,” tulisnya di Igs

Tambah Umisya, dia tidak mahu pihak luar membuat sebarang spekulasi dan menganggap perkongsian madunya itu sebagai luahan rindu terhadapnya.

“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa, lama kita tak contact. Maaf zahir dan batin ikhlas dari saya.

“Saya balas dengan story jugalah explanation ni ya, sebabnya saya pun taktahu menahu Marissa post story kita. Takda contact or perbincangan setakat ni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jul 2021
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Erma Fatima Sifatkan Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tidak Munasabah

Erma Fatima menyifatkan tuduhan yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad bersikap biadab sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Tue, 11 Feb 2025

Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Che Ta memaklumkan, anak saudaranya iaitu Muhammad Aisy Al Raes Mohd Zaquan Adha meninggal dunia semasa tidur.

Featured Mon, 5 May 2025

Scene Tendang & P*kul Dalam Keluarga Itu Bikin Netizen Puas! Umie Aida Tampil Mohon Maaf Pada Rosyam Nor

Umie menganggap scene sepak dan pukul itu sangat berat untuk dilakonkan.

error: Content is protected !!