Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 12, 2021 @ 12:14pm

998 Kawasan Di Lembah Klang Alami Gangguan Bekalan Air Bermula Esok

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, penduduk di 998 kawasan di sekitar Lembah Klang disarankan untuk membuat persiapan bagi menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari bermula esok.

Ia susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi, 13 Oktober dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober,” katanya.

Gangguan bekalan air yang akan bermula pada jam 9 pagi itu turut menjejaskan wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Senarai kawasan gangguan bekalan air berjadual

Berikut merupakan senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual. Sila klik pautan di hentitugas.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

 

 

Sumber: Air Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Featured Thu, 19 Mar 2020

Seramik Rohana letak Malaysia di peta dunia

Setanding buatan luar negara

Trending Fri, 26 Jun 2020
Hiburan Mon, 16 Jun 2025

Bukan Sekadar Penyeri! Marygrace, Zazzleen, Kai Deva Hangatkan Pentas Konsert Rossa ‘Here I Am’

Marygrace, Zazzleen & Kai Deva hangatkan pentas Konsert Rossa Here I Am

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Featured Fri, 22 Nov 2024

Pemain Gitar Kumpulan Spider Meninggal Dunia

Pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

error: Content is protected !!