Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 29, 2023 @ 8:38pm

“Jika Diizinkan Aku Cintakan Seseorang Bernama Suami, Sentiasa Ingatkan Aku Jangan Ulangi Kesilapan Lama” – Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik luahan hatinya curi perhatian ramai warganet.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories, Shuhada menyatakan jika dia diberi peluang untuk dicintai oleh seseorang yang bergelar suami dia berharap tidak akan ulang kesilapan sama.

Malah, dia juga berdoa agar anak-anaknya dapat merasa kasih sayang daripada seorang bapa dengan sempurna.

“Ya Allah, jika satu hari nanti Kau izinkan aku cintakan seseorang bernama suami, sentiasa ingatkan Aku ya Allah, jangan ulangi kesilapan lama, jika suatu hari nanti.

“Kau izinkan Umar and Humairah dapat merasa kasih sayang yang sempurna, sentiasa limpahkan kami dengan rasa syukur yang tinggi padaMu ya Allah.

“Sesungguhnya ya Allah, Kau Maha Hebat, Kau Hebat sangat ya Allah,” tulisnya

Dalam pada itu, Shuhada juga menganggap ia sebagai sebuah perasaan yang seronok.

“The best feelings ever,” ungkap ringkas.

Nurul Shuhada

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila rumah tangga Hafidz dan Shuhada didakwa goyah gara-gara kehadiran orang ketiga yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah dan Umar.

Artikel Berkaitan: Dituduh Dera & Abaikan Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Buat Laporan JKM – “Jangan Pentingkan Diri…”

Artikel Berkaitan: “Bangkit, Gunakan Kudrat!” – Dedah Bekas Suami Beri Nafkah Anak RM100, Individu Pula Dakwa Nurul Shuhada Tak Bersyukur?

Artikel Berkaitan: Selepas Kena ‘Sound’ Dengan Hafidz Roshdi & Dituduh Masih Tak Move On, Nurul Shuhada Akhirnya Tunjuk Bukti!

Artikel Berkaitan: Culas Bayar Nafkah, Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Hanya Beri RM100 Untuk Setiap Anak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Jarak Usia Terus Menjadi Topik, Priyanka Chopra Kecewa

Hanya kerana saya seorang wanita, isu ini terus diangkat.

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Layan Menantu Dengan Baik, Netizen Puji Sheila Rusly Ada ‘Class’ – “Dulu Tengok Dia Macam Red Flag”

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menerima pujian netizen selepas sikap dan caranya melayan menantu mencuri perhatian ramai.

Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Trending Thu, 14 May 2020

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Kita doakan agar keadaan kembali pulih dengan segera

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!