Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 9, 2024 @ 10:51am

“Mata Orang Tidak Akan Pernah Lelah Menilai Kekuranganmu” – Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi kekal berdiam diri serta enggan memberikan sebarang komen berkenaan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Aslam di Songkhla, Thailand.

Meskipun tidak memberikan sebarang kenyataan, Abby dilihat semakin aktif memuat naik hantaran ‘quotes’ Islamik di Instagram (Igs) seakan memberikan pesanan buat dirinya dan anaknya itu dari jauh.

Dalam perkongsian tersebut, petikan itu menyatakan tentang penilaian manusia yang gemar mencari dan menghakimi keburukan serta kelemahan seseorang.

Namun, petikan tersebut turut menekankan supaya manusia yang diuji dengan perkara itu untuk terus bersyukur dan perbaiki diri serta menyerahkan segalanya pada Sang Pencipta.

“Mata orang tidak akan pernah lelah menilai kekurang anmu, mulut mereka juga tidak akan berhenti membicarakan keburukanmu.

“Yang membencimu tidak akan pernah berkata yang baik tentangmu, dan yang menyayangimu tidak akan pernah berkata yang buruk tentangmu. Tidak perlu memaksa orang untuk menyukai kita.

“Maka, syukurilah kelebihanmu dan teruskan perbaiki dirimu. Cukup Allah saja yang menilai kekurangan dan kelebihanmu.

“Kurang atau lebih itu tidak menjaminkan seseorang itu bagaimana kalau urusannya dengan Tuhan entah kemana. Jadi kenapa kita kecewa hanya kerana penilaian manusia?,” tulisnya.

Sebelum ini, Abby turut memuat naik sebuah hantaran ringkas yang memberi bayangan dia hanya mampu melawan segalanya dengan doa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lawan Semua Dengan Doa, Mama” – Abby Abadi

Terdahulu, nama Marissa dan Aslam kembali hangat menjadi perbualan ramai kerana didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa restu Abby dan juga bapanya, Norman Hakim.

Perkahwinan terlarang itu juga difahamkan dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki terbabit, Misya Mazlan.

Susulan kontroversi itu, Marissa kekal berdiam diri malah sudah tidak mengikuti akaun Instagram kedua ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiri Kahwin Dengan Suami Orang Di Thailand, Bapa Tiri Marissa Enggan Ulas – “Lebih Baik Tanya Norman”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

ARTIKEL BERKAITAN: Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa & Aslam Kahwin 17 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Tue, 29 May 2018

Berita Bakal Berkahwin Mula Tular, Nurul Izzah Minta Netizen Tumpu Selamatkan Ekonomi Negara!

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang. Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama. “Lagu ini menceritakan mengenai […]

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?

Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

error: Content is protected !!