Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 7:08am

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang.

Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama.

“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface.

“Kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui Bersama-sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat disekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh dibelakang Bunkface!

“Lagu ini adalah untuk anda semua. Semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang, semua orang ada korang,” kata Sam.

Tidak seperti kebanyakan lagu-lagu kumpulan Bunkface sebelum ini, Korang mendapat sentuhan berbeza untuk sajian halwa telinga pendengar dan peminat.

“Lagu Korang ditulis sendiri oleh Sam dan kali ini, Sam berkongsi karyanya bersama penulis yang lain seperti Epul Kuat, Izzy Musa dan Shahir.

“Anggota kumpulan yang lain, saya dan Paan juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu Korang,” kata Youk pula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Featured Wed, 30 Jul 2025
Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️

error: Content is protected !!