Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 21, 2023 @ 3:35pm

Pulih Dari Gangguan Sihir Pemisah, Aidit Noh & Isteri Tak Mahu Berdendam Dengan Pelaku

Pelakon Aidit Noh dan isterinya, Nur Atiqah Hanani bersyukur apabila kembali pulih sepenuhnya selepas terkena gangguan sihir pemisah dalam rumah tangga mereka pada tahun lalu.

Menurut Aidit, dia dan isteri berasa lega apabila diberi kesembuhan sekali gus menganggap ia adalah teguran Yang Maha Esa untuk terus dekatkan diri kepada-Nya.

“Alhamdulillah, mengenai gangguan sihir (pemisah) yang dialami itu, kami bersyukur kepada Allah kerana sudah memberikan kesembuhan. Kini, kami lebih berhati-hati dan bermuhasabah diri selalu.

“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana semua ujian yang datang dalam kehidupan kita berlaku diatas izin Allah juga. Saya melihat apa yang dilalui dengan isteri itu sebagai kasih sayang Allah agar kami sentiasa ingat beramal kepada-Nya,” katanya.

Jelas pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini, dia dan isteri tidak mahu mengetahui pelaku tersebut kerana bimbang timbul rasa kurang selesa dan sifat dendam.

“Saya dan isteri memang sepakat tidak mahu tahu siapa pelaku itu (penghantar sihir). Bagi kami, berubat sebab nak kesihatan kembali pulih saja, termasuk hubungan dalam rumah tangga baik semula. Itu paling utama.

“Kami juga bimbang kalau ada rasa kurang selesa dan berdendam apabila tahu pelakunya. Kita ini manusia biasa dan tidak sempurna. Jadi, kami juga tidak mahu mengaitkan sesiapa kerana takut berlaku fitnah pula. Justeru, dah baik sekarang pun Alhamdulillah sangat,” jelasnya.

Terdahulu, dia dan isteri terkena gangguan sihir itu ketika terbabit penggambaran dalam beberapa drama bersiri yang melonjakkan namanya.

Untuk info, Aidit mendirikan ruamh tangga bersama Atiqah pada Mei 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Qadeeja yang berusia lapan bulan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

晒与3已故巨星合照 王杰:只剩下我一个了

歌手王杰近日无故被网友咒骂,13日在公开私讯截图并表示要提告该网友后,14日一早却突然将过去所有微博贴文删除,仅留下一则名为「我对得起自己」的网志文章。同日晚间他突然晒出一张​​与梅艳芳、张国荣及陈百强的合照并表示“这张照片四个人之中,只剩下我一个了,一个人会很孤独寂寞的…”

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Events Wed, 15 Jan 2025

Sebak! Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Kumpul Duit & Sanggup Ikat Perut Demi Tunai Umrah

Lebih menyedihkan, wang yang dikumpul untuk menunaikan umrah itu adalah hasil ikat perutnya selama 15 tahun.

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Pertaruhan Antara Duniawi Dan Akhirat Dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf

Saksikan pertaruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf..

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
error: Content is protected !!