Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops July 23, 2018 @ 6:53am

Mawar Rashid Tidak Pilih Watak

Terbaharu, pelakon Mawar Rashid ini bakal membintangi drama Raisha musim kedua yang bakal bersiaran di saluran tonton bermula 10 Oktober ini. 

Mawar akui tidak menyangka dapat memegang watak sampingan dalam Raisha musim kedua kerana beliau sendiri mengikuti drama ini di kaca TV.

“As we all know, Raisha sudah mempunyai pengikut yang ramai. Saya sendiri menonton drama ini kerana ia mempunyai jalan cerita yang berbeza jika nak dibandingkan dengan drama lain. Jadi, tidak sangka dapat melakonkan watak sampingan dalam Raisha 2.” Katanya

Bercerita tentang wataknya dalam Raisha 2, Mawar memegang watak sebagai Ika anak kepada ketua penghulu, berhijab dan lemah lembut.

“Memegang watak sebagai Ika tidak mempunyai masalah dan cabaran kerana watak itu menggambarkan wanita bertudung dan bersikap lemah lembut kerana dia merupakan anak kepada ketua penghulu. Bagaimanapun, saya perlu betindak tegas kerana Ika adalah seorang doktor.

“Watak Ika baru muncul kerana dia baru pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajiannya dan dia merupakan kawan lama, sekampung dengan Fuad.” Tambah Mawar lagi

Bergandingan bersama Diana Danielle buat pertama kalinya, Mawar akui sangat senang untuk bekerjasama dengan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu.  Dan, saya sangat gembira menjadi keluarga Raisha musim kedua walaupun hanya memegang watak sampingan.

“For me, untuk Mawar menjadi supportive kepada Diana dan Hafiz, no problem, kerana saya tidak meletakkan diri saya di bawah. Tambahan, mereka berdua merupakan pelakon yang professional, saya happy untuk berlakon bersama. I believe that they put me in a character that really membantu dalam cerita ini.

“Jika ditawarkan watak yang antagonis ataupun wanita miang, saya tidak kisah, asalkan jangan melibatkan aksi sentuhan. Saya akan ingatkan penerbit atau pengarah, saya tidak mahu aksi sentuhan kerana itu adalah pilihan saya, lagi-lagi setelah berkahwin.” Jelas Mawar

Sumber: Instagram @mawarashid

Ditanya mengenai pendapat beliau apabila menjadi isteri kepada Raff Yaakob yang sememangnya kaya, Mawar sama sekali menafikan bahawa menajdi isteri kepada seorang suami yang kaya tidak menghalang beliau untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan kerana menjadi pelakon adalah minat beliau sejak kecil lagi.

So, kepada penonton di luar sana, jangan lupa saksikan Raisha 2 yang turut membariskan pelakon Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Reen Rahim, Ridzuan Hashim dan ramai lagi di saluran tonton pada 16 September 2018 ini okay!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Buat Seks Pun Bising! Mas Khan Bengang Dengan Jiran…

Memalukan kan? (sambil tepuk dahi)

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

’Buat Hal Lah Kau Karim!’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Lucu

Memang kelakar habis lah insiden ni. Korang kat luar sana jangan buat macam ni tau. Haha!

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Panas! Ini Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami Orang

Menurut wanita tersebut, sejak 26 Februari lagi beliau telah menulis satu Tweet kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya itu tidur dirumahnya

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

MK K-Clique & Iman Troye Bersyukur Dapat Santuni Anak-Anak Yatim & Asnaf

MK K-Clique dan Iman Troye bersyukur dan gembira dapat menyantuni anak-anak yatim dan asnaf.

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!