Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 29, 2025 @ 9:13am

MK K-Clique & Iman Troye Bersyukur Dapat Santuni Anak-Anak Yatim & Asnaf

Selebriti popular, MK K-Clique dan Iman Troye meluahkan rasa syukur dan gembira dapat menyantuni anak-anak yatim dan asnaf bersempena kehadiran bulan Ramadan.

Kehadiran dua penyanyi popular ini menjadi tumpuan apabila mereka turut serta dalam program kebajikan Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan anjuran PTTI, baru-baru ini.

Program ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Al-Faeez (RAF) dalam suasana penuh kegembiraan sempena Ramadan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, seramai 26 anak-anak RAF berusia antara 3 hingga 17 tahun telah dibawa ke SOGO Kuala Lumpur untuk membeli pakaian raya.

Berkongsi pengalamannya, MK K-Clique menyatakan ini merupakan tahun ketiga dirinya terlibat dalam program bersama anak yatim dan asnaf ini.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang bersama mereka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Saya percaya perjuangan mereka bukan hanya untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) skor dalam pelajaran, tetapi juga memberi impak besar kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Tambah MK, pengalaman berinteraksi dengan anak-anak RAF sangat menyentuh hati.

“Saya sangat terharu dengan gelagat dan keletah mereka yang begitu selesa dan gembira dengan kehadiran saya dan Iman. Ini pengalaman yang membuka mata dan membuatkan saya lebih menghargai peluang untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagi Iman Troye, pengalaman membeli kelengkapan raya bersama anak-anak RAF adalah sesuatu yang cukup bermakna.

“Saya sangat happy sebab ini pengalaman pertama dapat shopping bersama anak-anak yatim untuk persiapan Aidilfitri.

“Selalunya bila dekat raya, kita sibuk dengan persiapan diri sendiri, tapi kali ini saya rasa satu perasaan baru – sangat bersyukur dan happy dapat menggembirakan mereka yang memerlukan,” katanya.

Iman yang sudah lima tahun menjadi sebahagian daripada keluarga jenama itu turut memuji usaha mereka yang bukan sahaja membantu pelajar melalui tuisyen atas talian, tetapi juga secara konsisten menyumbang kepada masyarakat.

Kehadiran MK dan Iman menambahkan keceriaan apabila mereka meluangkan masa membantu anak-anak ini memilih pakaian Aidilfitri yang baharu.

Menurut Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid, Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik PTTI, program ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015.

“Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan untuk membeli kelengkapan hari raya bagi anak-anak RAF, termasuk pakaian, kasut dan duit raya,” katanya.

Selepas sesi membeli-belah, anak-anak RAF turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di Nando’s, SOGO Kuala Lumpur.

Program semakin meriah apabila MK dan Iman turut membuat persembahan khas untuk mereka.

Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman dan Ketua Pegawai Operasi PTTI, Muhd Habibunajar Sazali turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak RAF.

Melalui Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan, jenama ini terus komited dalam menyebarkan kebaikan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan […]

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Victor李俊颉接拍《我要做业主》当男一

马港合作的动作电影《我要做特务》于上个月来马拍摄,日前电影公司梦行者集团乘胜追击,再度来马开拍《我要做业主》并找来Victor李俊颉当男一。

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Rasa Sakit Pembedahan Pun Belum Habis Lagi” – Uqasha Senrose Geram Wajah Anak Dipersoal

Mengaku laporan itu memberi impak buat dirinya, Uqasha berharap agar berita yang ditulis haruslah tepat dan masuk akal

Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Featured Mon, 15 May 2023

Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Ni lah namanya teamwork! Sentgiasa menghargai antara satu sama lain😍

error: Content is protected !!