Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 9:34am

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Sekian lama menyepi, kumpulan Padi yang cukup popular suatu masa dahulu kini bersedia kembali ‘mengganas’. Kumpulan ini pernah mewarnai industri hiburan dengan lima buah album iaitu Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007).

Bagai dilahirkan semula, kumpulan yang dianggotai Piyu, Fadly, Ari, Rindra dan Yoyo, kumpulan ini menggunakan nama Padi Reborn bagaikan memberi isyarat bahawa mereka kini lebih matang dalam mengemudi dunia nyanyian.

“ Cabaran memang datang bertubi-tubi dalam tempoh tujuh tahun ini. Kami akui disebabkan sikap ego antara satu sama lain, Padi berdiam diri.

“ Namun, atas bantuan dan kehendak Allah yang maha esa, kami bersatu kembali. Mungkin kami membenci antara satu sama lain ketika itu, tetapi dalam sedar, kami sebenarnya memerlukan antara satu sama lain,” kata Piyu selaku gitaris Padi Reborn di Majlis Sidang Media Padi Reborn Exclusive Live In Kuala Lumpur.

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain selepas episod duka itu.

“ Kami belajar kehidupan adalah sebuah perjalanan. Dalam perjalanan ini pasti ada liku-liku yang membuatkan kita sedar bahawa memberi kebahagian kepada orang lain adalah sebaiknya. Oleh itu, selama kita membahagiakan orang lain, di situ Padi Reborn akan tetap ada,” katanya penuh emosi.

Buat pertama kali dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997, ini merupakan kali pertama kumpulan itu akan mengadakan persembahan konsert perdana mereka, Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun depan.

Konsert akan diadakan di KL Live Centre, Kuala Lumpur yang mana tiket boleh mula didapati di www.buytickets.com.my.

Harga tiket bermula daripada RM 179 (platinum) dan sesi meet and greet pula berharga RM 290. Harga promosi bagi tiket boleh didapati sepanjang roadshow yang bakal diadakan sepanjang bulan Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

[VIDEO] Wajib Pergi! Ini Dia Kedai Makan P. Ramlee Yang Pasti Imbau Nostalgia Lama

Antik betul perhiasan kedai ni. Saksikan Malaysia Hari Ini untuk lebih lanjut.

Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Abby Abadi Masih Trauma Isu Nafkah, Nasihat Danish Hakim Fikir Panjang Sebelum Kahwin

Abby Abadi nasihat Danish Hakim fikir panjang sebelum kahwini orang Singapura

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Elak Netizen Dapat ‘Dosa Kering’, Suami Arwah Nadia Kesuma Kongsi Kronologi Kehilangan Isteri

“Saya melakukan ini supaya netizen tidak menanggung dosa kering tanpa menyedari kebenaran” – Suami

error: Content is protected !!