Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 25, 2023 @ 7:44pm

Siti Nurhaliza Nasihat Sissy Imann Agar Tak Putus Asa, Perlu Kental Dalam Industri

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menasihatkan penyanyi yang juga peserta program Famili Duo Sissy Imann untuk tidak berputus asa biarpun menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu, baru-baru ini.

Menurut Siti, Sissy seharusnya perlu lebih bersikap terbuka dan kental dengan onak duri industri seni tanah air.

“Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah sepak terajang yang kita hadapi. Apalagi bila terbabit dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita untuk dikritik dan ditegur walaupun kritikan itu pedih di hati.

“Bagi saya masing-masing ada cara, tahap ketahanan orang berbeza. Ada orang boleh terima secara positif, ada juga tak dapat terima keadaan itu.

“Ia satu tamparan yang hebat, cuma bagi saya nak tak nak dia telah pun menjejakkan kaki ke dalam pertandingan.

“Saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka. Insya-Allah, rasa jauh hati dan sakit hati itu akan berlalu dengan sendiri,” katanya.

Tambah pelantun lagu Cindai itu, dia juga telah menasihatkan adik-beradiknya, Siti Saerah dan Siti Saida yang turut bertanding dalam program itu untuk sentiasa bersedia dengan kritikan juri.

“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan adik dan kakak saya supaya bersedia dan bertabah terutama dengan komen daripada juri.

“Juri akan menegur, netizen juga akan bercakap. Jadi relaks sahaja. Janji kita perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan pada mereka,” ujarnya.

Siti ditemui XTRA pada sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam persaingan minggu keenam, Sissy dan Naim menerima kritikan hebat daripada juri malah Sissy tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Thu, 27 Sep 2018

Bayangkan Kediaman Mewah Setinggi 27 Tingkat Hanya Didiami Oleh 5 Beranak, Tak Takut Ke?

Kediaman mengagumkan itu dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan, terletak di selatan Mumbai, India

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Kalau Tak Ada Tiga Benda Ni, Rumah Tangga Tak Akan Kekal…” – Tajul Ariff Kongsi Tips Kahwin Muda 

Nak berkahwin di usia muda ni bukan senang guys 😣 Make sure betul betul ready ok!

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

error: Content is protected !!