Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 17, 2024 @ 8:54pm

Tindakan Guna Ruhainies Promosi Produk Dipersoal Netizen, Ini Jawapan Aliff Syukri – “Kami Dah Bayar, Takkan Nak Peram?”

Tidak menangguk di air keruh tatkala pelakon Ruhainies dihimpit kontroversi, usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida menjawab dakwaan netizen yang mempersoalkan mengapa selebriti terpalit isu panas itu dipilih sebagai model untuk produk keluaran mereka.

Menurut Aliff, video terbabit sudah lama menjalani penggambaran, namun mereka mengeluarkan visual terbabit untuk mempromosikan jenama yang diusahakan mereka.

“Kami dah bayar, takkan nak peram dan simpan sahaja video terbabit? Cuba kalian berada di tempat kami. Bagi saya, jangan campurkan hal lain dengan peribadi. Sebelum ini, saya sudah pun bayar dia, jadi takkanlah nak simpan sahaja?

“Takkan nak tunggu dia ‘kertu’ umur 80 tahun, rambut beruban dan gigi sudah rongak baru saya muat naik video dia? Cuba fikir. Kadang-kadang ada yang melebih-lebih, tiada perasaan dan jiwa. Saya pun ada perasaan.

“Video tersebut sudah lama dirakam, malah ada juga yang dakwa saya cuba nak tumpang populariti? Populariti apa?” kata Aliff.

Aliff dan Shahida ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Terlajak Laris di Glam Hall, Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida bersetuju ujian setiap orang berbeza-beza dan mereka memilih untuk berbuat baik dengan sesiapa sahaja.

“Bagi saya dan isteri, apa yang berlaku adalah masalah peribadi masing-masing. Macam saya sendiri pun tak tahu, mungkin masa depan akan ditimpa ujian juga dan saya berkawan dengan semua orang.

“Saya pernah bekerjasama dengan Bella Astillah dan begitu juga dengan Ruhainies. Setiap individu ada ketikanya mereka di bawah, ada masanya mereka di atas. Kita tidak boleh menghakimi sesiapa. Mungkin satu hari ada yang lebih baik berbanding kita pada akhirnya.

“Apa yang berlaku janganlah melibatkan semua orang. Hari ini mungkin hari kita, esok lusa pula tiba masa kita. Siapa tahu? Jadi, tak salah untuk kita berbuat baik kepada semua orang,” katanya lagi.

Aliff dan Shahida juga mahu terus bersikap profesional dan enggan mahu mencampurkan hal peribadi dalam apa jua situasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Hiburan Fri, 19 Sep 2025

“Saya Tahu Apa Yang Berlaku, Tapi Hanya Mampu Doakan” – Danish Hakim Enggan Campur Tangan Isu Rumah Tangga Marissa Dania

Abang kepada pempengaruh dan model, Marissa Dania, iaitu Danish Hakim mengakui dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai kemelut rumah tangga yang sedang melanda adiknya itu. Bagaimanapun, Danish memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka kerana bimbang sekiranya […]

Featured Fri, 27 Sep 2024
Featured Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!