Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 16, 2022 @ 10:47pm

“Berniagalah Dengan Betul” – Siti Nurhaliza Berang Gambarnya & Suami Jadi Bahan Iklan Palsu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada semua peniaga untuk berniaga secara jujur.

Menerusi perkongsian Siti di Instagram, dia terkilan apabila wujud peniaga yang menggunakan gambar dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tanpa kebenaran untuk menarik pelanggan.

“Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami.

“Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menurut Siti, dia sudah mengalami perkara seperti ini berulang kali dan berpesan kepada peniaga jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul.

“Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” tulisnya.

Susulan iklan-iklan yang menggunakan wajahnya dan suami, Siti menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan produk peniaga berkenaan.

Siti juga menasihati para peniaga untuk mencari keberkatan dalam berniaga dan tidak menggunakan iklan palsu untuk melariskan produk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????

Featured Fri, 27 Oct 2023

“Pilih Circle Yang Betul Tak Bermakna Saya Perlu Buang Kawan”- Bergaul Dengan Agamawan, Zizi Kirana Mengaku Kekal Istiqamah Bukan Perkara Mudah

kadang kita kecikkan circle bukan sebab sombong tapi kita memilih untuk hidup lebih tenang dan jadi lebih positif❤️

Events Mon, 2 Jul 2018

Pecah Rekod! Syed Saddiq Menteri Paling Muda

Terdahulu, rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.

Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
error: Content is protected !!