Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 17, 2024 @ 5:17pm

[VIDEO] Selepas 7 Tahun Simpan Rambut Panjang, Mawi Botakkan Kepala Demi Konsert – “Saya Sedih Nak Buat, Tapi…”

Selepas tujuh tahun menyimpan rambut panjang, penyanyi Mawi membuat keputusan untuk membotakkan kepala demi konsert solo.

Biarpun sedih, Mawi rela membotakkan rambut demi Konsert Tsunami Mawi World Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

“Perasaan saya membotakkan rambut adalah sama seperti perasaan anak saya, Cahaya Malaika. Dia sedih, saya pun begitu juga. Namun, penampilan botak ini dah sinonim untuk saya sejak saya masuk dalam industri hiburan.

“Disebabkan konsert ini, saya rasa tak mengapa kalau saya berkorban sikit. Bukan teruk sangat pun. Saya sedih nak buat tapi saya reda. Penampilan botak ini akan kekal sampai ke hari konsert.

“Saya bela rambut sejak 2017. Waktu saya simpan rambut panjang, ramai yang tak puas hati. Ada yang kata, tak gemar melihat saya rambut panjang terutamanya golongan pak cik dan mak cik. Saya senyum sahaja.

“Asalnya, saya bela rambut ini sebab filem Munafik 2. Waktu itu, pengarah Syamsul Yusof minta saya simpan rambut panjang sedikit. Tak sangka pula saya sayang nak potong,” katanya.

Menurut Mawi, dia mempunyai perancangan membotakkan rambut namun ia adalah untuk filem terbaharu.

“Isteri dan keluarga selalu tanya, bila nak botak? Mereka gemarkan saya dengan imej botak. Tapi, saya bertahan dengan pendapat dan prinsip saya untuk kekal berambur panjang.

“Kalau saya nak botak balik pun, untuk filem yang saya nak buat. Saya ada merancang tapi semuanya masih dalam perancangan.

“Tapi, rupanya saya botak rambut demi konsert. Saya tak rancang pun, tapi ia terjadi untuk konsert sempena 20 tahun penglibatan saya dalam dunia seni,” katanya.

Mawi ditemui di sidang media Konsert Tsunami Mawi World anjuran Showtag di Hotel Tenera Bangi, sebentar tadi.

Di sidang media hari ini, Mawi dibotakkan sendiri oleh isterinya, Ekin Rahmat dan turut ditemani anak mereka, Cahaya Malaika.

Selepas itu, potongan rambut Mawi dikemaskan oleh tukang gunting profesional.

Konsert Tsunami Mawi World Live in KL akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari 2025 dan penjualan tiket bakal diumumkan tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Apr 2021

Raya Tahun Ni, Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus!

Sempena kehadiran Syawal 2021 ini, selain daripada penyediaan baju raya, anda juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan! Barulah raya tu rasa macam lengkap kan? Agak-agak, jam tangan apa yang menjadi […]

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Sat, 13 Dec 2025

Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Umai memberikan Anugerah Artis Baru Popular ABPBH37 didedikasikan kepada nenek dan juga ibunya, Siti Sairah.

Featured Thu, 17 Jul 2025

20 Lelaki Ditahan, Polis Rampas K*ndom & Ubat HIV Dalam Serbuan Pesta G*y

Acara disertai hampir 100 lelaki, namun semasa serbuan, sebahagian besar peserta telah meninggalkan lokasi yang terletak di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Featured Mon, 12 Jul 2021

Jenazah Benjy Dikebumikan Di Medan

Jenazah pelakon, Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad lalu selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin. Baca artikel berkaitan : Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma Difahamkan, […]

error: Content is protected !!