Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2026 @ 1:13pm

“Dunia Akhirat Saya Ada RM28 Je”- Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan

Pelakon Azar Azmi berkongsi detik paling sukar dalam hidupnya apabila mendedahkan pernah berada di titik terendah sehingga hanya memiliki RM28 selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

Menerusi sesi temu bual bersama program Nona TV3, Azar atau nama lengkapnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 37, tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi momen tersebut.

Akuinya, pengalaman itu menjadi antara fasa paling mencabar apabila dia terpaksa berdepan dengan ketakutan untuk kembali berhadapan dengan masyarakat.

“Kau nak tahu satu benda, yang ni orang lain takde tahu dan aku tak expose momen masa aku ‘kena ambik’ tu. Habis, tak ada apa-apa langsung. Aku dibebaskan, aku keluar daripada situ dunia akhirat aku ada RM28 je.

“The moment aku nak melangkah keluar tu, aku jadi seorang yang sangat takut nak jumpa orang… pandangan orang, tohmahan orang, makian orang. Totallay aku tak ada apa-apa. Simpanan semua tak ada,” katanya.

@heyluvmichelle“ada 28 ringgit sahaja” Nona jam 2pm di Tv3 Youtube Nona Tv3♬ original sound – heyluvmichelle

Tidak habis disitu, Azar mendedahkan, pakaian yang dikenakannya ketika sesi temu bual itu juga adalah milik ahli keluarganya, termasuk tudung, pakaian dan kasut.

“Kau nak cerita apa ada dekat badan aku sekarang ni, ni tudung kakak aku, baju arwah ibu, kasut kakak aku,” kongsinya.

Meskipun reda dengan ujian yang menimpa, Azar mengakui dirinya masih bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di sisi dan membantunya ketika berada ditiitk terendah dalam hidupnya.

“Aku beruntung sebab aku ada kakak dan adik beradik yang membantu aku.

“Kalau tak, aku rasa aku dah habis terkontang kanting. Dan akutak tahu apa jadi dengan hidup aku dah,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Mar 2023
Featured Tue, 9 May 2023
Featured Mon, 11 Nov 2024

Tampil S*ksi, Amelia Henderson Sarung Baju Tayang Bahagian Dada Undang Kecaman

Penampilan pelakon Amelia Henderson ketika hadir pada majlis Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) yang diadakan baru-baru ini mencuri tumpuan. Menerusi sepotong video pendek yang tular di TikTok, Amelia kelihatan tampil mengenakan gaun berona hitam rekaan […]

Featured Fri, 24 Apr 2020

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Bersolek boleh tetapi biar berpada-pada

Trending Fri, 15 May 2020

Rakyat Titip Ucapan Buat PM Sempena Hari Lahir Ke-73 Hari Ini!

Selamat Hari Ulangtahun Perdana Menteri Ke-8!

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

ISTANA JUTAAN RINGGIT PUN MASUK AIR?

Menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman instagram beliau, Dato Aliff Syukri dilihat telah merakamkan detik-detik cemas beliau ketika istana barunya itu bocor dimasuki air

Trending Fri, 30 Jul 2021
Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sat, 15 Jun 2024
error: Content is protected !!