Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 24, 2020 @ 10:25am

Hukum memakai gincu ketika berpuasa yang sering dipandang remeh

Memakai gincu ketika berpuasa dikatakan tidak bersesuaian dengan fitrah bulan mulia itu, malah ada yang mengatakan penggunaan gincu atau pengilat bibir boleh membatalkan puasa.

Ada juga yang beranggapan haram berhias ketika Ramadan sama ada bersolek mahupun mengenakan baju yang menyerlahkan penampilan.

Tidak hairanlah, ramai wanita yang mengubah penampilan ketika tiba bulan penuh keberkatan itu, antaranya tampil pucat tanpa solekan dan tidak kurang juga mula mengenakan tudung.

Ramai yang keliru mengenai hukum pemakaian gincu pada Ramadan. (Gambar hiasan/NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam tulisannya menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berkata pemakaian gincu dibolehkan dengan syarat tertentu.

“Hukum penggunaan gincu pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ pada bibir, maka ianya tidak membatalkan puasa.

“Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R Anhuma mengenai merasa makanan yang membawa maksud selagi seseorang itu tidak menelan makanan itu, tidak batal puasanya. Begitu juga dengan pemakaian gincu bibir,” tulisnya.

Fatwa Ibn ‘Abbas R Anhuma mengenai merasa makanan:

Menurut Dr Zulkifli, kebanyakan kitab fiqah mazhab Syafie turut menyokong pandangan berkenaan dengan berpendapat perbuatan meletak makanan di bibir untuk merasa hanya makruh dan tidak membatalkan puasa.

Bersesuaian dengan pandangan berkenaan, pemakaian gincu yang dioles sedikit pada bibir tidak menyebabkan batal puasa, namun sebaliknya sekiranya dibimbangi boleh tertelan.

Berhias secara berlebihan tidak digalakkan. (Gambar hiasan/NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM)

Selain itu, Dr Zulkifli berkata, berdasarkan perbincangan ulama, wanita yang memakai gincu dengan niat untuk menunjuk-nunjuk tidak dibenarkan.

“Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri,” katanya.

Sehubungan itu, pastikan niat anda sebelum mengenakan solekan. Tidak salah untuk bersolek, tetapi sebaik-baiknya biarlah solekan itu tidak mengubah wajah dan penampilan anda.

SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2018

Apa Patut Pakai Untuk Temuduga?

Percaya atau tidak, pakaian yang anda pakai ketika menghadiri sesi temuduga adalah lebih penting daripada apa yang anda fikir. Mungkin ramai yang tidak menyedari perkara ini, malah ada juga yang langsung tidak memperdulikan soal pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Oh Lawa Tue, 7 Aug 2018

Freckles Dulunya Dianggap Hodoh Tetapi Kini Jadi Kegilaan Dalam Solekan

Jeragat atau freckles pada wajah dianggap sebagai salah satu bentuk ketidaksempurnaan, bintik-bintik tersebut kini memiliki daya tarikan tersendiri bagi para wanita.

Events Tue, 9 Aug 2022
Featured Mon, 12 Aug 2024
Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Featured Fri, 11 Nov 2022
error: Content is protected !!