Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi July 7, 2023 @ 1:23pm

Kesihatan Yasin Sulaiman Semakin Baik Selepas Masuk Hospital Bahagia – “Sebelum Ini Hanya 48 kg, Cengkung Sampai Nampak Tulang”

Keadaan kesihatan penyanyi Yasin Sulaiman dilaporkan semakin membaik selepas berlaku penambahan berat badannya.

Perkara tersebut dimaklumkan abang kandungnya, Zain Sulaiman, berkata sebelum ini berat adiknya itu hanya 48 kilogram (kg), namun ia dilihat bertambah selepas diberi ubat lain dan dirujuk di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak.

“Alhamdulillah apabila dirujuk di hospital itu, ubat diubahkan kerana yang sebelum ini ada masalah dan kesan sampingan. Tambah ubat lain dan dirawat dengan baik.

“Nampak kesihatan semakin baik, dia (Yasin) tambah berat. Itu yang amat penting untuk keluarga, kita tengok kesihatan Yasin pulih semula,” katanya.

Ditanya perkongsian Yasin mengenai keadaannya, Zain berkata adiknya itu merasakan kesihatan bertambah baik apabila ubat diberikan lebih sesuai dan penambahan beberapa ubat lain.

“Alhamdulillah ubat itu serasi dengan keadaannya, jadi secara tak langsung mempengaruhi keadaan mental, fizikal dan emosi kepada lebih baik. Bersyukur kepada Allah.

“Dia (Yasin) sentiasa ingatkan kita berdoa untuknya, itu yang sentiasa kami sekeluarga lakukan. Kami 200 peratus menyokongnya dari awal hingga akhir, kita akan berada di belakang Yasin,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mengenai laporan psikiatri Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, antara lain mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer itu tidak waras ketika kejadian membabitkan dadah, tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, dipetik berkata keadaan mental penyanyi itu bertambah baik sekali gus layak dibicarakan dan boleh membela diri atas tuduhan kes dadah.

Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan penyanyi nasyid itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk diperiksa tahap kesihatan mentalnya.

Hakim membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 31 Mac 2022, Yasin, 48, berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac tahun sama.

Bagaimanapun, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan berkenaan sebelum didakwa atas tuduhan memiliki ganja.

Penyanyi itu juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main…

Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Featured Sun, 3 May 2020
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu […]

Events Tue, 7 Jan 2020
Featured Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!