Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2022 @ 6:14pm

#WhazzupNetizen: Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion, Bahasa Melayu Ditolak & Tangan Miang ‘Meraba’ Ruang Makmum Wanita

Kembali dalam segment #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam  ‘The 100 Most Awarded Musician of All-Time’

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta sejarah apabila tersenarai dalam ‘100 Most Awarded Musician of All-Time’ setanding dengan barisan selebriti antarabangsa terkenal antaranya Michael Jackson, Beyonce dan BTS.

Senarai tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada selebriti-selebriti yang banyak menerima anugerah sepanjang perjalanan karier seni mereka.

Menjelang tahun ke-26 dalam industri seni, Siti berjaya meraih sebanyak 329 anugerah sekaligus layak untuk berada di tangga ke-27 dalam senarai tersebut, mengalahkan Celine Dion, Nicki Minaj, Selena Gomez, Alicia Keys dan lain-lain lagi.

Trending di media sosial Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan berkongsi perasaan bangga mereka mengenai pencapaian gemilang pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu.

2. Menteri Indonesia Tolak Bahasa Melayau Sebagai Bahasa Perantaraan ASEAN

Kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai cadangan Perdana Menteri Ismail Sabri untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan ASEAN ditolak oleh Menteri Indonesia.

Menteri Indonesia berpendapat bahawa bahasa Indonesia lebih diiktiraf berbanding Bahasa Melayu.

Mempertahankan hak masing-masing, penolakan ini telah mencetuskan perbalahan mengenai dua bahasa ini yang menjadi perbualan hangat di ruangan media sosial Twitter sehingga Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia ‘trending’!

Meninjau di ruangan Twitter, rata-rata netizen mengeluarkan segala fakta untuk menegakkan kebenaran bahawa bahasa Indonesia itu sebenarnya diwujudkan daripada bahasa Melayu.

Tidak habis disitu, warga Indonesia juga nampaknya turut membidas kenyataan tersebut dan seakan mempertahankan maruah negara mereka.

3. Tangan Lelaki Miang ‘Meraba’ Ruang Solat Wanita

Baru-baru ini, media sosial Twitter heboh dengan sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki miang ‘menyelinap’ masuk tangannya di ruang solat wanita mengundang amarah netizen yang berang dengan aksi berkenaan.

Berdasarkan ciapan tersebut, rata-rata netizen berniat hendak menghempuk dan memijak tangan lelaki berkenaan yang dianggap sangat melampau dan tidak menghormati golongan wanita.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kesal dan menyoalkan mengapa keadaan sedemikian masih berlaku terutamanya di tempat menunaikan ibadah.

Menurut mereka, sebelum ini golongan wanita sering menjadi mangsa aksi lucah yang dipercayai berpunca daripada pakaian seksi mereka, tetapi mereka masih tidak dapat berasa aman mahupun di masjid.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang bersangka baik dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap mempunyai niat untuk mencuri barang-barang milik wanita tersebut.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Gambar Kemalangan Tular, Isteri Saleem Sahkan Kejadian Adalah Benar!

Keadaan Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu. Doakan agar Saleem segera sembuh dan saya anggap kejadian yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT.

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

Hiburan Mon, 22 Mar 2021

“Paling Teruk, Saya Persoalkan Kenapa Takdir Saya Dilahirkan Ke Dunia Kalau…” – Abu Talib Husin

Mungkin ramai peminat seni tempatan sudah terbiasa melihat wajah kacaknya mengemudi banyak program televisyen sebagai pengacara. Sedar tak sedar, pemilik nama penuh Abu Talib Husin ini sudah 13 tahun melibatkan diri sebagai hos dalam bidang […]

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Itu Perkara Normal” – 15 Tahun Dalam Industri, Yuna Lali Dikecam

Nama Yuna memang tidak asing lagi dalam dunia seni, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara penyanyi berusia 35 tahun itu sering menjadi tumpuan peminat. Memetik laporan mStar penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

error: Content is protected !!