Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom November 26, 2018 @ 5:00pm

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Berkeluasan 6.5 hektar dengan lebih kurang 99 mata air semula jadi, Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak, yang dibuka pada 2003 memberikan pengalaman unik kepada pengunjungnya.

Lokasinya di tengah-tengah ladang sawit dan dikelilingi bukit-bukau yang menghijau, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas, tetapi turut menyajikan pemandangan indah mendamaikan.

Pengunjung juga dapat rawatan kesihatan secara semula jadi dengan mandi-manda atau sekadar merendam kaki di dalam kolam.

Ini kerana mandi air panas bukan saja menenangkan minda, tetapi mampu menjadi salah satu cara rawatan alternatif pelbagai penyakit seperti penyakit kulit.

Foto: Booking.com

Bagi yang ingin berendam air panas, kolam utama dengan kepanasan sekitar 30 hingga 40 darjah Celsius adalah tempatnya. Di sini, pengunjung boleh merendam kaki atau terus berenang.

Bagaimanapun, apabila badan berasa hangat dan sudah berendam kira-kira 15 minit, pengunjung disarankan keluar dari kolam, minum banyak air kosong dan berehat sebentar sebelum mandi semula.

Selain berendam di kolam air panas, mencuba laluan refleksologi juga cukup menyegarkan.

Menariknya, laluan refleksologi di sini sedikit berbeza dengan yang lainnya kerana pengunjung akan berjalan di atas batu-batu kecil yang turut mengalirkan air panas.

Foto: My Adventure

Kepada yang ingin merawat atau mencantikkan kulit, menyapu alga yang terdapat di kolam air panas di laluan refleksologi nyata mengujakan.

Tidak jauh dari situ, terdapat mata air panas semula jadi dengan suhu 100 darjah celcius untuk merebus telur. Salah satu kebaikan merebus telur dengan mata air panas itu ia membuang bau hanyir dan kolesterol dalam telur.

Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan membawa telur ayam sendiri sebaliknya perlu membelinya di kaunter. Dijual pada harga RM5 untuk enam biji telur ayam, disediakan dengan mangkuk dan kicap.

Puas menikmati kehangatan air panas semula jadi, berendam di kolam air sejuk pula menambahkan keterujaan pengunjung terutama kanak-kanak. Walaupun airnya lebih sejuk kerana menggunakan air bukit, keriuhan dan keseronokan si anak kecil mandi manda memang terpancar.

Tidak puas seharian berendam air panas dan sejuk, Felda Residence Hot Springs menawarkan dua jenis penginapan iaitu Villa Eksekutif dan 64 bilik deluxe yang menawarkan keselesaan dengan pelbagai kemudahan.

Foto: Felda Travel

Uniknya, setiap vila di sini dilengkapi jakuzi air panas semula jadi persendirian khusus buat penghuni villa yang ingin berendam bersama keluarga.

Restoran dan kios menjual makanan juga turut disediakan buat pengunjung yang ingin menjamu selera.

Memanah dan ATV turut disediakan buat pengunjung yang inginkan aktiviti tambahan.

Di sini juga sangat sesuai buat pengunjung mengadakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuk bermain bola sepak, acara sukaneka dan aktiviti hari keluarga.

Berlatarkan landskap yang menarik, kehangatan air panas semula jadi dan kesejukan air bukit bercuti di Felda Residence Hot Springs ini cukup menyeronokkan.

Foto: Booking.com

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Aug 2025

“One Drama After Another, Berhenti Sabotaj Diri Anda… Kita Berhak Memilih” – Shila Amzah

Shila memberikan pendapatnya itu secara umum dan tidak memetik nama mana-mana pihak.

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Featured Wed, 19 Oct 2022
Events Fri, 10 Oct 2025

Aktivis Freedom Flotilla Ditampar, Ditendang & Dicengkam Secara Agresif Oleh Pihak Isr**l

Beberapa aktivis mengalami layanan tidak berperikemanusiaan

error: Content is protected !!