Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 10, 2025 @ 10:55am

Aktivis Freedom Flotilla Ditampar, Ditendang & Dicengkam Secara Agresif Oleh Pihak Isr**l

Misi bantuan ke Gaza sekali lagi berdepan detik getir apabila aktivis yang menyertai Freedom Flotilla dilaporkan menjadi mangsa kekasaran pihak berkuasa Isr**l.

Menurut laporan peguam dari Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Isr**l (ADALAH), beberapa aktivis mengalami layanan tidak berperikemanusiaan termasuk ditampar dan dicengkam secara agresif ketika proses penahanan dijalankan.

Insiden itu berlaku selepas pasukan sukarelawan berkenaan dipercayai cuba menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza yang kini terus bergolak akibat serangan berterusan rejim Z**nis.

“Difahamkan pada sesi sidang media bersama pihak MyCare, peguam dari Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Isr**l (ADALAH) mengesahkan beberapa peserta telah dikasari dan terdapat penderaan fizikal serta layanan yang tidak berperikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan.

“Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Malaysia MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, beberapa peserta telah ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh Isr**l,” ulasnya.

Terdahulu, kesemua 145 aktivis daripada Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) sudah dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel.

Bagaimanapun, Malaysia sedang menggerakkan usaha diplomatik dengan pelbagai negara sahabat, termasuk Republik Türkiye, bagi membebaskan sembilan rakyatnya yang kini ditahan secara haram oleh rejim Israel sejak 8 Oktober lalu.

Dalam masa sama, Wisma Putra memaklumkan usaha itu juga membabitkan koordinasi antara Kedutaan Malaysia di Amman dan Ankara.

 

Sumber: Berita Harian, Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022
Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Featured Fri, 13 Dec 2024
Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

Hiburan Thu, 6 Feb 2025

[VIDEO] IG Story Jefri Nichol Curi Perhatian, Didakwa Pegang Botol Minuman Alkohol?

Jefri Nichol kongsi boomerang pegang botol minuman keras

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

LIFESTYLE Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Fazura pernah mendedahkan dia sendiri tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin

error: Content is protected !!