Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2025 @ 5:43pm

“One Drama After Another, Berhenti Sabotaj Diri Anda… Kita Berhak Memilih” – Shila Amzah

Penyanyi popular, Shila Amzah dilihat seakan memberikan pandangan peribadinya menerusi hantaran di media sosial.

Kata Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, memberikan fokus terhadap kehidupan dan memastikan ‘circle’  terjaga dengan baik adalah pilihan diri sendiri.

Justeru, pelantun lagu Memori Tercipta ini menegaskan, agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan atau mengambil tindakan sabotaj diri sendiri dalam apa sahaja keputusan yang di ambil.

Ini termasuklah,  tidak menyalahkan orang lain untuk setiap perkara yang tidak berlaku sesuai kehendak diri.

“Satu demi satu drama berlaku. Fokus sahaja pada hidup kamu. Kekalkan circle kamu. Pilih suami yang tepat dan akhirnya, kita ada hak untuk memilih.

“Buat pilihan yang betul, untuk diri sendiri. Berhenti sabotaj diri sendiri dan menyalahkan orang lain untuk segala-galanya bukanlah cara hidup yang betul.

“Tarik nafas dalam-dalam, jika perlukan bantuan, carilah bantuan. Dapatkan ahli terapi serta hidup ini bukan untuk jadi sempurna, dan itu tidak mengapa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shila menerusi hnataran terkini di platform Threads miliknya.

Meskipun tidak memetik nama mana-mana individu, perkongsian itu bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Kecewa Ditinggal, Fadhlan Tulis Lagu Untuk Bekas Kekasih

Fadhlan Razali merupakan vokalis terbaharu ROMEO Band.

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

“Kalau Ini Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya… Keluarkan” – Along Cham Berserah Isteri Alami Keguguran

Along Cham buat solat tahajud, dapat tahu isteri keguguran selepas keluar penjara

Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Hilang Dalam Rindu 2 Kembali Sentuh Emosi, Jazmy Juma & Tracie Sinidol Harungi Cabaran Baharu Sebagai Ibu Bapa

Hilang Dalam Rindu 2 menampilkan kembali gandingan Jazmy Juma dan Tracie Sinidol sebagai teraju utama, selain turut dibintangi Zarif Ghazzi.

error: Content is protected !!