Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 30, 2018 @ 12:34pm

Kecewa Ditinggal, Fadhlan Tulis Lagu Untuk Bekas Kekasih

Pernah ditinggalkan kekasih, penyanyi Fadhlan Razali nekad menyuarakan suara hati menerusi lagu terbarunya bersama kumpulan ROMEO.

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, lirik lagu berkenaan mengangkat pengalaman sebenar selepas ditinggalkan.

“ Selepas beberapa tahun bercinta, hubungan saya dan si dia terkandas di tengah jalan. Mungkin disebabkan pekerjaan saya tidak stabil sebelum ini. Tak apalah, saya akur dengan perpisahan ini.

“ Khabarnya, si dia juga sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” katanya memaklumkan single ini masih belum diberi tajuk lagi.

Sementara itu, lagu ini juga merupakan projek sulung Fadhlan bersama kumpulan ROMEO.

Jika sebelum ini, kumpulan yang terdiri daripada enam anak muda ini belum pernah memiliki vokalis tetap, tahun 2019 bakal menyaksikan sedikit kelainan.

“ Kumpulan ROMEO menawarkan untuk menjadi vokalis tetap mereka dan saya terima dengan hati terbuka. Kami akan bergerak aktif bermula awal Januari ini. Insha Allah, doakan karya kami mendapat tempat di hati pendengar,” katanya kepada xtra.

Kumpulan Romeo turut dianggotai oleh Imal (Gitar), Ami (Gitar), Apiz (Bass), Apal (Drum) dan Atim (Keyboard).

Menariknya, mereka turut mendapat khidmat nasihat daripada pemuzik terkenal, Shah Slam untuk susun atur kerjaya seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Lisa BLACKPINK Menang ‘Wajah Wanita Tercantik Asia 2019’!

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila anggota kumpulan BlackPink, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban meraih undian tertinggi dan seterusnya menduduki tempat pertama senarai ‘Wajah Wanita Tercantik Asia 2019’ menerusi satu kajian yang dikeluarkan oleh TC […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Kena Tahan Reman Lagi!

Siapa pula kali ini kena tahan reman sekali lagi ?

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

Featured Thu, 5 Feb 2026

Sempena Hari Kanser Sedunia, Elyana Kongsi Luahan Menyentuh Hati – “Jangan Pernah Ejek Rasa Sakit Yang Belum Kau Rasakan”

Elyana mengingatkan orang ramai agar tidak mudah meremehkan penderitaan dan beban yang ditanggung oleh seseorang.

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

BTS Dan Yuna Bakal Bergabung? Let’s Do It!

Tak sabar nak dengar lagu Yuna dan BTS kan? Sama-samalah kita tunguuuu…

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!