Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi September 6, 2022 @ 6:45pm

“Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman menafikan dakwaan warganet yang mengatakan dirinya membuat pembedahan di wajah.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menjelaskan mungkin disebabkan faktor usia yang semakin meningkat membuatkan wajahnya berubah.

“Sebenarnya dakwaan sebegini saya sudah beberapa kali terima, dahulu saya pernah juga didakwa buat muka.

“Tetapi sebagai seorang artis, saya anggap komen netizen sekadar gurauan sahaja di media sosial. 

“Mungkin mereka sudah lama tidak lihat saya di kaca TV, mereka masih membayangkan wajah saya ketika saya buat rancangan Gerak Geri Gasing sampai mereka rasa muka saya lain. 

“Umur saya waktu itu 20 lebih, sekarang dah 37 tahun, memang akan ada perubahan,” ujar Zoey.

Tambah Zoey, dia beranggapan sebagai seorang selebriti, penjagaan wajah amat penting baginya malah dia turut mendapatkan beberapa jenis rawatan penjagaan kulit.

“Kehidupan sebagai selebriti, wajah adalah ‘market’, jadi kami (artis) mestilah menjaga penampilan wajah.

“Macam saya pun banyak klinik berdaftar yang menawarkan rawatan muka, tak semestinya perlu menjalani pembedahan wajah.

“Macam saya sendiri pun melakukan rawatan muka seperti PRP (Platetelet Rich Plasma), Laser dan beberapa lain lagi untuk pastikan kulit saya sihat serta bersih,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Zoey sering menjadi bualan hangat warganet apabila dikatakan membuat pembedahan wajah selepas memuat naik satu perkongsian video tutorial menata rias wajahnya.

Terbaharu, menerusi tinjauan XTRA di laman Instagram Zoey, dia ada memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang membuat rawatan di wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Tegur Wajah Makin Pelik & Senget, Ini Jawapan ‘Win’ Zoey Rahman

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Acara Mon, 8 Jun 2020
Featured Wed, 16 Nov 2022

Buat Trend ‘Jealous? You Don’t Even Exist To Me’ Di TikTok, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Ain Edruce & Suami

Sudah pasti ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering kali mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi mencuri tumpuan warganet […]

error: Content is protected !!