Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 8:59pm

Gaya Hidup Aktif, Nilai Kekeluargaan Menebal Bawa Tuah Kepada Nabila Razali

Gaya hidup aktif serta sifat kekeluargaan yang menebal nyata membawa tuah kepada penyanyi popular, Nabila Razali.

Dilantik sebagai jurucakap Acara BMC Family 360°, Nabila yang menjadi ikon generasi muda yang aktif serta dekat dengan keluarga menjadi sebagai pilihan tepat untuk mewakili acara yang bertemakan ‘Selangkah ke Masa Depan’.

Acara terbabit merupakan sebuah pesta dan karnival keluarga berskala besar yang bakal berlangsung di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras pada 19 hingga 21 September 2025.

Selain tampil dalam sesi bertemu peminat dan persembahan khas, Nabila juga akan terbabit dalam siri kempen promosi menjelang acara utama.

Menurut Nabila, keterlibatan dalam acara ini memberi peluang untuk meraikan erti kekeluargaan dan menyedarkan masyarakat bahawa Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) turut memberi panduan dalam kehidupan harian.

“Sebagai seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya, saya menyedari bahawa kemampanan bukan hanya berkait dengan alam sekitar. Ia juga merangkumi aspek sosial dan ekonomi yang mampu membentuk keluarga lebih sejahtera untuk masa kini dan masa depan,” katanya.

BMC Family 360° dianjurkan oleh AI Global dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), BMC Mall, iBidan dan CelcomDigi.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, pertunjukan kebudayaan, segmen e-sukan, mini zoo serta pameran inovasi dalam pendidikan, teknologi, kesihatan, makanan dan gaya hidup lestari.

CEO AI Global, Prof. Dr. Ng Kheng Lun, menegaskan bahawa acara ini bukan sekadar karnival, sebaliknya platform komuniti untuk mengukuhkan nilai keluarga, gaya hidup pintar dan masyarakat berdaya tahan.

“BMC Family 360° ialah langkah pertama yang kecil tetapi penting ke arah masa depan yang lebih baik. Langkah ini mungkin mencabar, namun ia sangat diperlukan,” katanya.

Acara yang dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dari Kajang, Cheras dan kawasan sekitar Lembah Klang ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjuran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Semoga barang-barang pelanggan dalam keadaan yang baik-baik

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Tue, 12 May 2026

“Perkara Itu Bukan Satu Perlumbaan” – Tak Kejar Gelaran ‘Raja Rock’, Amy Search Mahu Terus Ikhlas Dalam Berkarya

Amy Search mengakui tidak memandang gelaran ‘Raja Rock Negara’, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dan kejujuran dalam berkarya. 

error: Content is protected !!