Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 5, 2025 @ 2:29pm

Ismail Izzani Seronok Sambut Lebaran Dengan Bapa Tiri – “Tahun Ini Cukup Istimewa”

Setelah hampir dua tahun tidak merasai suasana sebenar Aidilfitri, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani meluahkan keterujaannya untuk kembali menyambut hari raya bersama keluarga tahun ini.

Menurut Ismail, atau nama penuhnya Ismail Izzani Zainal Nazer, Syawal kali ini memberi makna yang lebih mendalam kerana dia akhirnya dapat menikmati semula kemeriahan beraya bersama orang tersayang.

“Tahun ini memang saya rasa lain, sebab dah lama tak dapat ‘vibe’ raya yang betul-betul meriah. Hampir dua tahun saya tak beraya seperti biasa dengan keluarga, jadi tahun ini memang cukup istimewa,” katanya.

Lebih mengujakan, Ismail berkongsi bahawa dia bakal keluar membeli persiapan raya bersama keluarga sebelum pulang ke kampung halaman.

“Saya rasa seronok sebab tahun ini kami akan shopping baju raya sama-sama, dan lepas itu balik kampung beramai-ramai. Dah lama saya tunggu saat macam ni!” ujarnya.

Raya kali ini juga lebih bermakna kerana Ismail akan meraikannya bersama keluarga baharu selepas ibunya, Datin Suliza Salam, mendirikan rumah tangga.

“Kami sekeluarga balik ke Johor, kampung mama. Tahun ini juga berbeza sebab mama baru berkahwin, jadi saya akan beraya dengan keluarga baharu buat pertama kali,” kongsinya.

Mengakui pada mulanya berasa sedikit janggal, Ismail percaya dia akan cepat menyesuaikan diri.

“Memang rasa kekok sikit sebab ini pengalaman baru, tapi saya tahu lama-lama saya akan selesa. Baba (ayah tiri) seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang saya dan adik-beradik. Itu yang buat saya rasa lebih tenang dan gembira,” tambahnya lagi.

Bila ditanya tentang perasaan bakal bersalaman dengan ayah tiri buat pertama kali di pagi raya, Ismail tidak menafikan ada sedikit rasa segan.

“Biasalah, mula-mula mesti ada rasa kekok. Tapi saya cuba buang rasa tu dan anggap macam biasa. Lagipun, saya dan baba memang rapat, kami selalu main game sama-sama!” katanya sambil ketawa.

Apa yang lebih penting, katanya, adalah bagaimana ayah tirinya sentiasa mengutamakan mereka dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.

“Walaupun kami anak mama, baba tetap melayan kami dengan baik dan menjaga mama sepenuh hati. Itu yang buat saya rasa sangat bersyukur,” luahnya penuh makna.

Untuk rekod, ibu Ismail yang juga penyanyi era 80-an, Suliza Salam, selamat mendirikan rumah tangga dengan Ismail A. Samad pada 22 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin, pada 11 Januari 1991. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata – Nurizzati, Nur Falahi, dan Ismail Izzani.

Namun, perkahwinan tersebut berakhir secara tertutup, sebelum akhirnya Ismail mengesahkan perceraian ibu bapanya sekitar tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Neelofa Disamakan Dengan Guru PJ – “First Time Nampak Pakai Simple”

Walaupun netizen cakap macam cikgu PJ 😂 tapi Lofa pakai tudung sarung macam tu pun cantik gila 😭

Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Auwww…Hati Kak Lina Pom Pom Dah Dimiliki

Ramai netizen yang gembira dengan khabar terbaru ini dan berharap hubungan Kak Lina Pom Pom bersama jejaka misteri ini bahagia seterusnya ke jinjang pelamin. Insya Allah…

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

Pengarah ‘Escape’ Terpaksa Lupakan Gimik Sebab…

Kamal Adli jadi pengganas?? Wah, tak sabar!

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

error: Content is protected !!