Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 19, 2020 @ 12:49pm

Pengarah ‘Escape’ Terpaksa Lupakan Gimik Sebab…

Pengarah filem Escape, Ikhwansha Hazer, hampir bersetuju dengan idea ancaman bom di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

“Idea itu muncul tahun lalu ketika bersama rakan-rakan produksi memerah idea memikirkan cara untuk mempromosi filem Escape.

“Antara cadangan adalah dengan mensasarkan pengunjung yang lalu lalang di dalam pusat membeli belah menerima panggilan misteri mengenai ancaman bom di situ.

“Bagaimana pun selepas difikirkan pro dan kontranya, cadangan itu terpaksa dibatalkan kerana membabitkan keselamatan negara,” katanya.

Selain itu, sebab lain pembatalan kerana melihat pengalaman adiknya sendiri pernah ditahan kerana melakukan ‘prank’ pengganas untuk sebuah projek video tular selepas menerima aduan orang ramai.

Graduan Perfileman Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini akui, mungkin disebabkan keterujaan mahu filem pertama arahannya ini mendapat perhatian ramai membuatkan idea itu muncul.

“Jika di luar negara, idea itu mungkin ‘permainan’ biasa asalkan boleh melariskan karya mereka tetapi harus diingat, Malaysia ada undang-undang yang wajib kita hormati demi keamanan rakyat yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan agama.

“Tidak mahulah hanya disebabkan gimik-gimik yang menyentuh sensitiviti dan keselamatan negara menyebabkan objektif asal serta nilai semangat kenegaraan yang diselit dalam filem ini diketepikan begitu saja,” katanya.

Filem Escape yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan dibintangi Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Escape berkisar tentang Adam yang dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Satu-satunya cara untuk dia membebaskan diri adalah dengan memberikan kepada pihak berkuasa lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya beberapa hari yang lalu.

Namun, Adam tidak mampu untuk mengingat apa-apa kerana mengalami Amnesia. Keadaan bertambah rumit apabila Adam mula menyedari bahawa pihak berkuasa yang mengurungnya sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi cip senjata tersebut untuk melancarkan agenda jahat mereka.

Masa semakin suntuk, keselamatan dunia semakin terancam, Adam harus membebaskan dirinya sebelum terkubur di dalam bilik misteri itu buat selama-lamanya.

Filem terbitan Dreamland Production bergenre ‘cerebral thriller’ ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun ini.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Tak Kecewa Langsung, Hubungan Kami Dah Berakhir – Zul Ariffin

Kecewa? Tidak. Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

Hiburan Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Konsert Kristal OG Rai 25 Tahun Perjalanan, Satukan ‘Keluarga Besar’ Dalam Pentas Bersejarah

Konsert berkenaan dianjurkan bersempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni kumpulan itu dalam industri muzik tanah air

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang […]

error: Content is protected !!