Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 17, 2018 @ 5:36pm

Wanita Cantik Ini Rupanya Vokalis Kumpulan Cokelat!

Namanya mungkin tidak sekuat vokalis lama tetapi melihat pada karakter dan wajahnya,  pemilik nama Jackline Rossy ini ternyata hadir dengan aura tersendiri.

Vokalis utama Cokelat yang mesra dengan panggilan ini menyertai kumpulan sejak 14 Disember 2011 namun entah mengapa, namanya seolah-olah tenggelam berbanding vokalis terdahulu, Kikan Namara.

“ Saya mula berjinak dalam dunia nyanyian sejak usia sejak kecil lagi malah selalu diajak untuk membuat persembahan di gereja.

“ Selepas beberapa lama aktif menyanyi di gereja, baru saya sedar bahawa dunia nyanyi mampu menjana wang. Tetapi jangan salah faham, wang bukanlah keutamaan. Lebih kepada minat,” katanya kepada xtra.com.

Menurut wanita berasal Semarang ini, sebelum menyertai Cokelat dia pernah menganggotai kumpulan Flavour.

“ Saya selalu membuat persembahan di kafe sekitar Indonesia dan juga pentas berskala besar.

“ Kalau ditanya tentang muzik pilihan, saya lebih tertarik dengan akustik. Lebih tenang tetapi saya suka mencabar diri sendiri dengan mencuba benda baharu. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk sertai Cokelat,” katanya.

Terdahulu, vokalis Cokelat pernah beberapa kali ditukar antaranya ialah Kikan Namara. Wanita ini dilaporkan pernah menggantikan tempat vokalis kumpulan Kotak, Tantri Syalindri buat sementara waktu.

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Karma ini turut dianggotai oleh Edwin, Ronny dan Axel. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

[VIDEO] Isteri Aliff Syukri Puji Cik B Berbudi Bahasa – “Saya Ingat Dia Jenis Kasar…”

Tak sangka Cik B seorang baik dan budi bahasa, Shahida ingat anak DSV kasar

Featured Thu, 21 Jul 2022

“Tidak Pernah Rasa Diri ‘Dianaktirikan’ Walaupun…” – Fauziah Nawi Akui Tawaran & Peluang Berlakon Semakin ‘Kecil’

Tapi pelakon senior bagi min memang the best! Berlakon hebat, disiplin jangan cakaplah…

Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Tue, 9 Jun 2026

Ayda Jebat Dedah Suami Kena ‘Try’, Siap Terima Nota & Ajak Buat Business – “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh!”

Ayda Jebat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi antara pengalaman yang sukar dilupakannya bersama suami, Nabil Mahir.

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?

error: Content is protected !!