Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2026 @ 1:53pm

Ayda Jebat Dedah Suami Kena ‘Try’, Siap Terima Nota & Ajak Buat Business – “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh!”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi antara pengalaman lucu yang sukar dilupakannya bersama suami, Nabil Mahir.

Kata Ayda menerusi perkongsian di Threads, suaminya itu didakwa cuba didekati seorang lelaki ketika berada di Bintulu, Sarawak baru-baru ini.

Menurut Ayda, insiden itu berlaku usai mereka melakukan persembahan sebelum menikmati sesi santai bersama beberapa penyanyi asal Sarawak dan juga pihak produksi.

Menurut Ayda, situasi bermula apabila seorang individu menyerahkan dua keping kertas kepada Nabil dimana surat tersebut turut mengandungi mesej serta nombor telefon miliknya.

“Nabil kena try guys! After tour show di Bintulu, team XIBO ajak pergi lepak. Kita pun join last day with singers dari Sarawak. Tengah lepak tu ada orang datang bagi 2 kertas dekat Nabil! Nabil bukak 1 kertas tulis ‘Hi! Please call me.! @nabilmahir  dan @melakaboy terkejut baca.

“Saya baca juga tapi tak terkejut lah sebab dia memang elok. Tapi, aku perhatikanlah awek mana pulak nak try suami aku ni. Pastu Nabil buka kertas yang kedua, ada nombor telefon! Memang berani,” katanya.

Bagaimanapun, Ayda memaklumkan, mereka terkejut apabila individu yang menghantar nota tersebut sebenarnya seorang lelaki dan bukannya wanita seperti yang disangka.

“Tak sampai 5 saat kita orang gelak bila datang satu lelaki dekat tepi Nabil. Dia terus tegur Nabil, dia cakap lebih kurang macam ni, ‘Hi! I’m the one who send you this. Not a girl. Hi my name is XXX.

“Dia cakap ‘I really like your style. You’re not womanizer. Ada lebih kurang 4 kali maybe more… dia sebut I really like you to Nabil, cakap nak buat bisnes together. Sis kasi chance la nak tengok  Nabil punya reaksi berdepan dengan situasi tu,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu ‘Parah Parah’ itu berseloroh apabila mengingatkan bahawa zaman sekarang bukan hanya wanita yang cuba untuk mendekati suami orang, tetapi golongan lelaki juga.

“Moral of the story, sekarang penyondol bukan perempuan je, lelaki pun boleh ya!  Yang ‘try’ Nabil tu bukan orang Sarawak. Dia cakap dia bussiness trip dekat Sarawak dan dia bukan orang Malaysia pun.  We had something to laugh and akan ingat kejadian ni sampai tua,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Isteri Cantik Kenapa Jarang Tunjuk Di IG? Ini Alasan Paling Win Dari Isteri Jep Sepahtu

Macam-macam soalan ditanyakan pada artis ni erk…Pilihan masing-masing, ada yang gemar tayang pasangan, ada yang lebih ‘tertutup’. Tepuk dada, tanya selera!

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Iqram Dinzly Memohon Maaf Pada Semua

Iqram Dinzly memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat Ippo Hafiz

error: Content is protected !!