Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 3, 2023 @ 12:33pm

Suami Miera Leyana, Rosland Othman Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abd Mutalib sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut laporan mStar, Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Adibah enggan memberikan sebarang komen kerana masih terkejut kata peguamnya.

Peguam syarie mewakilinya, Mohd Junid Ramli memberitahu pihaknya akan meneruskan prosiding mahkamah bagi kes hadanah dan perkara lain berkaitan.

“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen.

“Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, ibu Miera Liyana iaitu Aisyah Abdullah yang turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

“Kami akan adakan sidang media,” ujar ringkas.

Untuk rekod, Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Leyana dan dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang kini berusia 3 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Punca Keretakan Rumah Tangga Suami & Madu, Ini Respons Miera Leyana – “Ada Tembok Dinding Antara Saya Dan Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Fail Cerai Selepas 28 Tahun Berkahwin, Madu Dakwa Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Nikahi Miera Leyana?

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Trending Sun, 8 May 2022
Trending Sun, 14 Jan 2018

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Betul ke Osman Ali kecewa dengan kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial ?

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Tampil Dengan 7 Naskhah Sempena Syawal 2026, Peminat Beri Iman Troye Gelaran ‘Puteri Lagu Raya’

Wah, banyaknya lagu raya Iman Troye, sampai 7 naskhah tau tahun 2026 ni!

Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

error: Content is protected !!