Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 28, 2018 @ 6:44pm

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Penyanyi terkenal Indonesia Anji meluahkan rasa syukur apabila muzik video Dia sudah mencecah lebih 100 juta tontonan.

Anji yang kini berada di Malaysia mempromosikan muzik video Dia versi karaoke turut berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya itu.

“ Sejak dilancarkan, muzik video Dia mendapat respon begitu baik sekali. Bukan hanya di Indonesia sahaja malah di negara lain termasuk Malaysia.

“ Saya anggap yang diketengahkan dalam muzik video ini antara faktor utama ia menjadi tarikan ramai,” katanya ketika ditemui di majlis pra-tonton muzik video Dia di Red Box Pavilion, hari ini.

Kata penyanyi berusia 40 tahun itu, sejak muzik video dilancarkan, kesedaran tentang komuniti masalah pendengaran di Republik berkenaan.

“ Jika anda tonton muzik video Dia, kamu dapat lihat seorang wanita yang kurang upaya bukan dari segi fizikal tetapi tidak mampu bertutur dan mendengar dengan sempurna.

“ Jujur selepas video ini dimuatnaik di laman Youtube sejak dua tahun lalu, ia banyak memberi impak kepada masyarakat di Indonesia.

“ Timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat di sana untuk terus memberi perhatian kepada golongan ini. Ramai penduduk di Indonesia sudah mula belajar bahasa isyarat. Iya, nama juga manusia… harus saling memahami dan membantu yang lain,” katanya.

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

“ Misi saya adalah untuk terus memperkasakan komuniti mereka agar mereka tida berasa tersisih bila berada dalam kelompok normal.

“ Untuk pelan muzik video seterusnya, saya juga mungkin angkat mesej sebegini. Paling utama, harus selitkan unsur motivasi dalam muzik video akan datang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini. Korang kena tengok ok, memang kelakar!

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

《春天花啦啦!》收视告捷破10点

八度空间原创强档贺岁电视剧《春天花啦啦!》自开播以来深受剧迷们的喜爱,第五集于2月12日(星期一)更刷下收视最高点10.5点佳绩,是本地电视剧时段“搬家”以来最高的收视点!

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

error: Content is protected !!