Euforia Bola 2026
Contest By: Marcella November 1, 2021 @ 12:22pm

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi.

Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Ajai dan Mas Idayu bertindak sebagai juri cinta dan tiada juri jemputan untuk minggu pertama ini.

Jom kita recap komen dan persembahan episod pertama LCK3.

Kay & Ika

Membawakan lagu Terlukis Indah, kedua-dua peserta nampaknya memberikan persembahan yang baik walaupun pertama kali berjumpa dan menyanyi di atas pentas sehingga juri cinta mengakui ada ‘chemistry’ antara mereka berdua.

Mas Idayu: Dalam nyanyian dah ada ‘chemistry’, dalam percintaan belum Mummy nampak tapi Mummy rasa kalau berterusan, Insya-Allah awak berdua akan menjadi satu. Tiada yang dominan. Cantik.

Ajai: Chemistry of suara tu dengar. Tapi of course pitching tu ada here and there tapi kita anggap ini adalah pertama kali, masih boleh develop lagi. Pitching masih ada masalah sikit tapi untuk penyanyi wanita, dia boleh pergi ke ‘second’, dia boleh sama jatuh dengan ‘main’ vokal lelaki tu. It’s a good start.

Shaszdan & Xantia

Pasangan kedua memilih lagu Bruno Mars, Leave The Door Open. Bagaimanapun, juri cinta berpendapat mereka mempunyai ‘chemistry’ tetapi terdapat kekurangan dari segi nyanyian.

Mas Idayu: Sebenarnya, dia menyanyi ni nasib baik dibantu dengan ‘sound system’ dengan baik. Seandainya Mummy membayangkan benda itu kering, tiada apa-apa macam dalam studio. Dengan projection yang tak berapa cantik, pitching here and there. Sebenarnya, chemistry tu ada tapi apa yang Mummy nampak di sini hanya chemistry awak sahaja tapi dalam nyanyian awak memang kedua-duanya ada kekurangan.

Ajai: Yang tadi dah start tu sedap. Bila datang yang ‘second’ peserta ni, beza sikit dengan yang ‘first’ tu. ‘Benchmark’ tu kita dah ada yang ‘starting’ tu.

Azumi & Nyna

Gandingan suara rock menerusi lagu Memori Berkasih ini ternyata mendapat perhatian juri cinta kerana kedua-duanya mempunyai suara yang sedap dan padan dengan lagu persembahan mereka.

Ajai: Dia punya kemelayuan itu nyanyi tu sedap. Pada awal lelaki tu dah bagi, lepas tu bila perempuan tu tone dia different, tone tak stereotype. Saya rasa tinggi tu untuk wanita tu. Adalah pitching sana sini tapi dia pergi kepada kemampuan juga.

Mas Idayu: Kalau dibagi markah pun, markah dia lebih banyak dari Azumi. Mummy memberi peluang sebenarnya untuk awak, nak kata sedap sangat sebab dia di sebelah pihak sebenarnya lebih kepada Azumi punya vokal. Azumi ni walaupun suara dia rock tapi bagi Mummy ini adalah style dia, cara dia menyampaikan lagu ini. Mummy sangat suka. Nyna, kalau boleh awak bagi lagi ‘chemistry’ vokal anda untuk ‘next round’.

Dean & Amanda

Memilih lagu Haram, Dean dan Amanda tidak berjaya memikat hati juri cinta apabila persembahan mereka dianggap sumbang.

Mas Idayu: Kedua-duanya sumbang. Dari awal masuk, setiap bait-bait lagu walaupun ada yang sikit okay, tapi kena garang sakit dengan saya. Sebenarnya, Mummy tak tau kenapa awak pilih lagu ni untuk awak. Bagi Mummy terlalu berat untuk orang yang kurang boleh bagus menyanyi ini. Awak bila harmonise pun sumbang.

Ajai: Saya dengar ‘pitching’, saya dengar penghayatan, dua-dua ‘shaky’. Banyakkan lagi menyanyi. Masalahnya bila Lagu Cinta Kita ni dia mula dengan lagu. Lain lah kalau dia kata Berlakon Cinta Kita.

Hariz & Wanie

Ternyata persembahan duet antara Hariz dan Wanie berjaya mendapat pujian dari juri cinta menerusi lagu pilihan mereka, Senja Nan Merah. Bukan itu sahaja, suara mereka juga sangat power dan sedap didengar.

Mas Idayu: Kenapa Mummy lambat tu sebab Mummy nak tengok dia punya harmonise, ‘chemistry’. Hariz ni ‘projection’ sangat bagus, sangat baik dan dinamik pun sangat bagus. Wanie sebenarnya suara awak bagus tau. So nanti awak belajar ‘projection’, kena ‘balance’ dengan Hariz. Selebihnya, I love you so much!

Ajai: Chemistry suara tu mereka berdua memang seiring. Walaupun yang seorang, loghat dia pekat sangat. Tapi bila kita boleh nyanyi balik tu, sedaplah budak ni.

Bagaimanapun, episod pertama LCK3 menyaksikan penyingkiran dua pasangan iaitu Shaszdan dan Xantia serta Dean dan Amanda.

Jangan lupa untuk teruskan sokongan anda dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Tuan badan dah tampil jawab spekulasi hubungan percintaan dengan Aedy Ashraf 🥰 Amboiii. kemain lagi ek Sweet je!

Hiburan Sun, 30 Nov 2025

“Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

Rezeki yang hadir sedikit sebanyak kurangkan beban, namun tak mampu mengisi kekosongan Kamal Adli.

Hiburan Mon, 22 Apr 2019
Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Fri, 12 Sep 2025

Amelina Impi Konsert Solo, Akui Irama Dangdut Perlukan Sokongan Lebih Luas – “Saya Sedia Bila-Bila Masa”

“Kalau boleh saya mahu adakan konsert semuanya mengenai diri saya dan perjalanan hidup saya”- Amelina

Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Featured Fri, 8 Aug 2025

Pernah Trauma Naik Pesawat, Intan Najuwa Minta Tips Elak ‘Anxiety’

Trauma gara-gara pernah berdepan dengan pengalaman ribut.

Featured Sun, 20 Oct 2019

Siti Khadijah lebar sayap buka butik gaya hidup

Sedia produk dari hujung rambut ke hujung kaki

error: Content is protected !!