Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 12, 2024 @ 10:53am

Tengku Hassanal Minta Hormati Keputusan & Privasi Perkahwinan

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal memohon agar privasi peribadi dan keputusannya mengenai perkahwinan di masa hadapan kelak dapat dihormati oleh semua pihak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasmi, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkata, sebagai seorang  putera raja dan waris ganti negeri, beliau sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap kehidupan peribadinya.

“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

“Namun, saya memohon supaya keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” titahnya.

Tengku Hassanal menambah, pada ketika ini, beliau komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah 🏴 (@this.7)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Oct 2019

Cristiano Ronaldo Is Officially The Richest Celebrity On Instagram!

You’ll be surprised to find out who else on the list..

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Trending Sun, 16 Aug 2020
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Giliran Fattah Amin Pula Komen Emoji Hati Biru Di Hantaran Media Sosial Amira Othman

Fattah turut meluahkan rasa syukur, selain turut meninggalkan emoji hati berwarna biru

Hiburan Sat, 17 Jan 2026

Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Suami kepada pelakon yang dilaporkan hilang, Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan “I met strangers” yang tular dimedia sosial baru-baru ini.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!