Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 2, 2018 @ 4:24am

Hubungan Mawar Rashid dan Elvina Renggang?

Pelakon Mawar Rashid, 22,  dan Elvina Mohamad, 23, masing-masing sudah pun berkahwin.

Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid bergelar isteri kepada adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32,  pada awal November tahun lalu manakala  Norzalina binti Mohamad atau Elvina baharu sahaja bernikah dengan seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 31,  pada 18 Mac lalu.

Mawar dan suami, Raden.. Kredit Instagram Mawar Rashid.

Elvina dan suami, Haniff. Kredit Instagram Elvina Mohamad.

Bagi Mawar Rashid kehilangan kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekali gus  menjadi yatim piatu merupakan dugaan paling berat untuk dipikul, disusuli pula dengan masalah rumah tangga yang berantakan serta kehilangan kedua anak yang disayangi.

Keadaan itu menyebabkab Mawar rasa tertekan dan menjadi penyebab hubungannya dengan Elvina semakin renggang. Biar betul?

Peminat kedua-dua pelakon ini jangan bergaduh dan risau pula ya!

Sebenarnya, itu hanyalah lakonan mereka dalam drama bersiri baharu yang akan menemui anda  setiap Isnin hingga Rabu bermula hari ini (2 April) pada pukul 10 malam melalui slot Samarinda, berjudul ‘Kalis Kasih’.

‘Kalis Kasih’ arahan Nazir Jamaludin mengandungi 15 episod diterbitkan oleh Z.K. Creative Production Sdn. Bhd., bertemakan kekeluargaan dan pengorbanan.

Memgisahkan dua orang sepupu sebaya tetapi berbeza karakter dan latar belakang iaitu Amanda (lqkinan Mawar Rashid) yang dibesarkan di bandar manakala Dania (Elvina Mohamad) hidup dalam kesederhanaan  di kampung. 

Takdir seakan ingin menduga mereka berdua apabila ibu bapa Amanda lemas ketika beriadah di sungai. Amanda terpaksa meninggalkan kehidupan di bandar dan berpindag ke ke kampung untuk tinggal bersama keluarga Dania.

Seperti yang anda jangka dalam mana-mana cerita Melayu, Amanda pastinya tidak tahan tinggal di kampung. Oleh demikian, Amanda belajar bersungguh-sungguh dan berpeluang memasuki sekolaghberasrama penuh.

Setelah berjaya, Amanda bekerja di bandar dan berkahwin dengan Khair (Amar Bahrain). Pada masa sama, Dania pula telah menjalinkan hubungan dengan Bard (Syazwan Zulkifli), seorang jejaka kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Namun, hubungannya dengan Bard tidak disenangi oleh kedua-dua ibu bapa Dania, Pak Kudin dan Mak Zauyah.

Setelah beberapa bulan berlalu, Amanda melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Iris. Khabar gembira ini menimbulkan keterujaan Mak Zauyah yang ketika itu tidak sihat. Dia ingin menyediakan air akar kayu untuk Amanda. Namun, tanpa diduga, Mak Zauyah telah tergelincir di dapur dan meragut nyawanya.

Setelah enam tahun berlalu, Dania akhirnya bertunang dengan Bard. Syarikat audit Amanda dan Khair semakin maju dan ini membuatkan mereka terlalu sibuk sehingga tidak dapat menguruskan anaknya Iris. Amanda meminta bantuan Dania untuk menjadi pengasuh Iris.

 Pada masa sama, Amanda juga sedang mengandungkan anak kedua. Dania teruja apabila dipelawa untuk menjadi pengasuh Iris di samping menjaga rumah Amanda dan Khair.

Pada ketika itu juga, pertunangan Dania dengan Bard telah diputuskan oleh Pak Kudin apabila Bard dilihat menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain. Walaupun pertunangan Dania terputus, kehidupan Dania tidak terjejas kerana Dania sedang bahagia bersama Iris.

Namun, kebahagian keluarga ini hanyalah sementara apabila mereka diduga dengan Amanda yang keguguran anak keduanya dan kematian Iris.

Situasi inilah yang membuatkan hubungan Amanda dan Dania semakin renggang.

Apakah yang  berlaku seterusnya di dalam keluarga ini? Dapatkah hubungan sepupu ini terjalin semula?

Nak tahu jawapannya?

Ikuti sahaja kisah pergolakan rumah tangga Amanda dan krisis hubungannya dengan Dania setiap Isnin hingga Rabu ini. Jangan lupa tonton jam 10 malam di TV3  setiap minggu mulai Isnin ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Hiburan Wed, 23 May 2018

吴亦凡刷新个人纪录 新歌《Like That》美国双榜登顶

吴亦凡新专辑首支单曲《Like That》已全球上线,上线不到一个半小时,登顶美国iTunes总榜及美国iTunes Hip-Hop/Rap分榜,目前唯一登顶华人歌手。

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Fri, 25 Feb 2022
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi ‘Helah’

Meremang weh! Sedap betul lagu Helah ni!

error: Content is protected !!