Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2025 @ 12:02pm

“Saya Diugut, Dicaci, & Dibaling Batu Waktu Rehat” – Farahdhiya Dedah Kisah Hitam Dibuli

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, mendedahkan pengalaman perit dibuli ketika zaman persekolahannya sehingga pernah menerima ugutan dan menjadi mangsa kekasaran fizikal oleh pelajar perempuan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Farahdhiya berkata kejadian berlaku ketika dia baru berpindah sekolah dan memasuki tingkatan satu.

“Saya masih ingat, masa sekolah dulu ada beberapa kumpulan pelajar perempuan yang selalu buli saya. Ada satu kumpulan pula konon-konon macam Spice Girls. Saya budak baru ketika itu, masuk pertengahan tingkatan satu,” luahnya.

Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia bukan sahaja dicaci dengan pelbagai gelaran, malah turut dilempar batu, diconteng nama dengan kata-kata kesat di makmal dan tandas, selain menerima surat ugutan.

“Diorang tulis ‘Farahdhiya menggelabah, Farahdhiya bab*, poyo, gedik’… Bila waktu rehat saya dibaling batu. Tapi saya diam, sebab saya budak baru. Kes buli itu berlarutan hampir setahun, saya tak pernah melawan,” katanya.

Namun, segalanya berubah apabila memasuki tingkatan dua, Farahdhiya tekad untuk tidak lagi menjadi mangsa dan akhirnya bertindak mempertahankan diri selepas diserang secara fizikal.

Kejadian itu menyebabkan rakan-rakan yang pernah membulinya mula berubah dan ada yang tampil meminta maaf. Malah, ada yang sanggup meminta bantuannya untuk ‘mengajar’ orang lain pula.

“Satu hari salah seorang daripada mereka sentuh saya, dan secara automatik saya balas dengan sepakan. Seorang tergolek, seorang lagi cuba tolong, tapi dia tikam saya dengan pen. Nasib baik kena tangan saja.

“Mereka tak sangka saya boleh jadi fighter. Tapi saya bukan fighter, saya lover. Saya cuma pertahankan diri,” katanya.

Disebabkan insiden tersebut, mereka terpaksa berdepan tindakan disiplin sekolah termasuk dipanggil oleh guru besar dan berisiko digantung sekolah.

Justeru, Farahdhiya menasihatkan golongan pelajar supaya tidak menjadikan sekolah sebagai tempat untuk berlagak samseng.

“Mak ayah hantar ke sekolah untuk timba ilmu, bukan nak tunjuk hebat. Tak kemana pun perangai kaki buli. Jaga nama baik keluarga dan ambil peluang itu untuk buat ibu bapa bangga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Aug 2023

Battle of The Band Mencungkil Bakat Baharu Kugiran Tempatan

Mencungkil bakat baharu kugiran tempatan!

Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Tulis Linda di laman Instagramnya, Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool!

Hiburan Mon, 6 Jan 2025

CSOIAM: Marygrace Peserta Terpaling Fizz… Dayangku Iffah & Hafiz Zainal Tersingkir Minggu Ketiga

Minggu ketiga CSOIAM menyaksikan Marygrace diangkat sebagai peserta Terpaling Fizz manakala HafizZainal dan Dayangku Iffah tersingkir.

Trending Mon, 15 Oct 2018
error: Content is protected !!