Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 22, 2025 @ 7:40pm

MyResipi Lancar Fasa Kedua ‘Makan Sini Best’, Jom Undi Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang!

MyResipi kini melangkah ke fasa kedua kempen komuniti Makan Sini Best iaitu usaha mencari dan menobatkan Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang berdasarkan undian rakyat Malaysia.

Sepanjang Ogos lalu, lebih 100 cadangan telah diterima daripada pembaca MyResipi, sebelum lima jenama nasi lemak terbaik disenarai pendek untuk mara ke peringkat akhir.

Antara calon yang berjaya adalah Nasi Lemak Yam Yam dengan sambal pedas, masin dan tidak terlalu manis yang dipadankan bersama nasi harum jintan manis; Nasi Lemak Saleha yang terkenal dengan nasi suam, sambal ‘just nice’ serta lauk popular seperti ayam rendang; dan Nasi Lemak Village Park yang menampilkan ayam goreng berempah rangup di luar, lembut berjus di dalam serta nasi santan segar daripada campuran beras basmati dan biasa.

Turut tersenarai ialah Nasi Lemak Tamparuli yang dibalut daun pisang dengan sambal tumis pekat serta pilihan lauk ayam goreng berempah dan paru sambal, manakala Nasi Lemak Tok Ami menawan selera dengan sambal yang dimasak sehingga lapan jam, dibungkus daun pisang dengan resepi turun-temurun, portion yang banyak dan harga berpatutan.

Kini, undian rasmi telah dibuka sehingga 7 Oktober 2025 di laman mikro myresipi.com/makansinibest, di mana orang ramai boleh menentukan juara pilihan mereka.

“Undian daripada rakyat Malaysia adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar. Ini peluang kita untuk meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut cita rasa komuniti. Sokongan anda akan memberi pengiktirafan yang mereka layak terima,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama, REV Media Group.

Bagi memeriahkan lagi kempen, MyResipi turut menganjurkan Peraduan Komen Paling Meyakinkan di Facebook rasmi mereka. Dua pemenang yang memberikan alasan terbaik mengapa mereka bersama seorang rakan layak diraikan di gerai nasi lemak pemenang akan menerima hadiah eksklusif berupa Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.

Acara Mini “Makan Sini Best” – 9 Oktober 2025

Kempen ini akan mencapai kemuncaknya pada Khamis, 9 Oktober 2025 menerusi sebuah acara mini khas yang bakal mengumumkan juara nasi lemak pilihan rakyat. Bertempat di kedai pemenang yang akan diumumkan kemudian, acara ini menjanjikan pelbagai kejutan menarik antaranya 100 hidangan nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal, produk tajaan daripada Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee, serta hadiah istimewa LE NONA Tropical Orchid Tableware Set untuk pelanggan ke-50.

Pengunjung juga berpeluang bertemu vendor pemenang secara langsung, sekali gus meraikan mereka yang berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan hidangan nasi lemak terbaik.

Orang ramai boleh terus mengundi di myresipi.com/makansinibest dan hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober untuk bersama-sama menyokong wira nasi lemak pilihan anda. Ikuti juga @myresipi di Instagram, Facebook dan TikTok untuk kemas kini terkini serta kandungan eksklusif di sebalik tabir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

[VIDEO] Wajib Pergi! Ini Dia Kedai Makan P. Ramlee Yang Pasti Imbau Nostalgia Lama

Antik betul perhiasan kedai ni. Saksikan Malaysia Hari Ini untuk lebih lanjut.

Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Mon, 23 Sep 2024

Pelantun Lagu Popular ‘Gala Bunga Matahari’ Sal Priadi Tampil Dengan Konsert Perdana Di Malaysia Oktober Ini

Wah! Jom sama-sama nyanyi Mungkin kah… Mungkin kahhhh, Mungkin kah….🌻🌻🌻

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Novel ‘Pulang’ Kongsi Kisah Sebenar Ahmad Izham Omar

Mengisahkan tentang seorang kelas bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Tom dan anak lelaki tunggalnya, Omar.

error: Content is protected !!