Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain December 22, 2023 @ 11:04am

Ronnie Tidak Simpan Dendam Dengan Hyper Act – “Selepas Keluar, Kami Masih Berhubung”

Penyanyi Ronnie Hussein mengakui dirinya tidak menyimpan dendam dengan bekas kumpulannya, Hyper Act selepas keluar dari band tersebut suatu ketika dahulu.

Terdahulu, kumpulan Hyper Act mengumumkan mereka bakal mengadakan Konsert Reunion sempena 15 tahun di dalam industri, pada 3 Februari depan.

Konsert yang bakal berlangsung di KWC StarXpo Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan penyatuan sulung setiap anggota yang pernah bersama kumpulan itu termasuklah Ronnie dan Kecik Ogie.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat Rindu Peminat, Konsert Reunion Hyper Act 15 Years Journey Jadi Buah Tangan

Menurut Ronnie, dia tetap berhubung dengan setiap ahli anggota kumpulan tersebut biarpun sudah tidak bersama.

Malah, dia turut berkongsi rasa teruja untuk melihat penyatuan semula mereka di malam konsert nanti.

“Konsert reunion ini adalah titik permulaan untuk kita tengok sejauh mana Hyper Act ni boleh pergi. Kalau ada sambutan apa salahnya kami bergabung untuk kebaikan.

“Saya rasa Hyper Act ini lebih kepada keluarga, kita walaupun tak bersama bila jumpa macam pecah rumah juga. Tapi tak ada simpan dendam, kecil hati atau terguris perasaan tu perkara biasa.

“Saya lepas keluar Hyper Act pun kami masih berhubung seperti biasa. Tidaklah war-warkan pada umum. Takdalah sampai tidak bertegur sapa,” katanya.

Selain Ronnie, Kecik Ogie juga pernah menjadi vokalis utama kumpulan Hyper Act suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Toy yang merupakan pemain bes kumpulan tersebut tampil menepis dakwaan yang menyatakan dirinya sering menjadi punca mereka kerap bertukar vokalis utama.

“Sebenarnya ada je netizen yang cakap punca terkeluarnya Ronnie dan Kecik disebabkan saya. Semua yang busuk semua saya. Tapi kami okay je bila bertemu. Mungkin sebelum ini yang berlaku atas teguran masing-masing.

“Macam adik-beradiklah kadang ada bermasam muka tapi kita tegur perkara yang baik dan disiplin. Perkara itu benda biasa. Netizen kat luar nampak perkara ini isu yang besar.

“Perkara ini kami anggap sebagai teguran dan berharap tidak ada yang ambil hati sampai terlalu dalam. Dan yang penting saling memaafkan.

“Sebenarnya, apa yang boleh dikatakan adalah ketika itu banyak isu dalaman dengan pihak pengurusan dan ada beberapa perkara berbangkit.

“Jadi, semuanya dah lepas dan sekarang semuanya di bawah talent Toy. Jadi semua plan tu dari Toy dan persetujuan semua,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jul 2023
Featured Fri, 13 Feb 2026

Sudah Bergelar Mualaf? Keith Foo Enggan ‘Buka Mulut’ – “Biar Ia Jadi Tanda Tanya”

Kata Keith, 43, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada menguar-uarkan mengenai isu tersebut

Trending Fri, 4 May 2018

Kalau Tak Nak Kena Denda RM5000, Jangan Sebar Gambar Kertas Undi. Take Note Ya!

Jangan sebar gambar dokumen berkaitan PRU kalau tak nak kena denda!

Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Hiburan Thu, 27 Jul 2023

[VIDEO] “Kau Manusia, Bukan Kambing,” – Mulut Akan Bau Busuk, Muka Jadi Lesu… Kak KM Tegur Jangan Terlalu Cut Sugar

Haa ini min setujuu.. Dalam diet journey, kena enjoy. Kalau strict tak kekal lama 😌

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Fri, 25 Nov 2022

Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Laju je netizen ni kan.. Doakan yang baik-baik

error: Content is protected !!