Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 19, 2020 @ 5:26pm

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melanjutkan tempoh pendaftaran bagi urusan mendaftarkan kelahiran bayi baru lahir dan kematian sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perlanjutan tempoh itu bagi membolehkan orang ramai membuat pendaftaran berkenaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang ditutup sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, di Putrajaya, hari ini. Foto: NSTP/Harry Salzman.

“Pendaftaran kelahiran dan kematian tidak dapat dilakukan kerana PKP yang diperkenalkan, oleh itu pihak KDN membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama 90 hari selepas tempoh PKP ditamatkan.

“Selain itu, KDN juga akan memansuhkan penaliti yang sepatutnya dikenakan terhadap mana-mana individu yang lewat membuat pendaftaran sama ada kelahiran mahupun kematian,” katanya pada sidang media berkenaan pelaksanaan PKP yang berlangsung di Putrajaya, di sini , hari ini.

Pendaftaran kelahiran atau kematian boleh dilakukan dalam tempoh 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Intan Nur Eliana Zakaria.

Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2016.

Sebelum itu, denda pendaftaran lewat kelahiran yang hanya RM50 menyebabkan ramai pasangan mengambil sikap sambalewa sehingga ada yang tidak mendaftar kelahiran anak sehingga bertahun lamanya.

Bagi individu yang kehilangan kad pengenalan, mereka boleh membuat janji temu dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di daerah masing-masing – gambar hiasan. Foto: NSTP/Intan Nur Eliana Zakaria.

Ismail Sabri berkata, JPN juga bersedia untuk mengadakan sesi janji temu bagi membantu orang ramai yang kehilangan kad pengenalan sepanjang tempoh PKP ini terutama yang perlu menggunakan kad berkenaan bagi tujuan tertentu.

“Ramai yang bertanya mengenai kes kehilangan kad pengenalan terutama jika ada keperluan khusus, sebagai contoh untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Oleh itu, Kerajaan bersetuju supaya mereka boleh menghubungi JPN di daerah masing-masing untuk mengganti kad pengenalan menerusi janji temu dengan pegawai JPN.

“Bagi yang tidak mempunyai keperluan segera, boleh menunggu sehingga PKP ditamatkan. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga akan diberikan tempoh yang sama iaitu 90 hari selepas tamat PKP di negara berkaitan menerusi pejabat kedutaan Malaysia atau sebagainya,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Tiket Pra-Jualan Tur Sama Sama Dilanjutkan Hingga 2 November, 5 Pemuzik Hebat Bakal Gegar KL Disember Ini

Tempoh pra-jualan tiket Tur Sama Sama yang menampilkan lima pemuzik terkenal iaitu Tulus, Kunto Aji, Sal Priadi, Dere dan Idgitaf dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November 2025 atas permintaan tinggi daripada peminat.

Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Featured Mon, 28 Aug 2023
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Ku Percaya Jadi Taruhan Kat Roshan

Lagu ini tentang menjelajahi kesulitan cinta dan hubungan.

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Kekuatan Seorang Isteri Adalah Dari Pasangannya”- Siti Elizad

Menurut Elizad, seorang wanita sebenarnya mampu menerima pelbagai ujian dalam kehidupan, namun sokongan dan perhatian daripada pasangan tetap menjadi faktor paling penting dalam sesebuah keluarga.

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

Featured Fri, 2 Dec 2022
error: Content is protected !!