Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2024 @ 5:26am

Belum Terfikir Soal Kahwin, Kisah Cinta Riena Diana & Keith Foo Bukan Gimik Promosi Drama

Pelakon Riena Diana menjawab tuduhan warganet yang mendakwa kisah cintanya dan aktor Keith Foo sekadar gimik mempromosikan drama lakonan.

Riena mengaku drama rantaian Salju Rindu yang bakal bersiaran di TV3 menjadi penyebab mereka berkenalan dengan lebih rapat namun ia bukan gimik seperti yang didakwa.

“Kami kenal antara satu sama lain di set drama. Sejujurnya, ia berlaku secara kebetulan sebab saya tidak pernah bekerja dengan Keith.

“Salju Rindu menjadi produk pertama kami bergandingan bersama sebagai hero dan heroin. Sejak itu kami rapat, tapi kami bersama bukan sebab nak promosi drama.

“Saya takut hendak cakap lebih-lebih. Minta doa yang terbaik sebab sudah tentu dalam setiap hubungan, kita mahu pengakhiran terbaik.

“Alhamdulillah, keluarga masing-masing okay. Kami ambil langkah perlahan-lahan. Kami baru empat bulan kenal, jadi saya hanya boleh mohon doakan yang terbaik,” katanya.

Baru empat bulan menjalin cinta, Riena juga belum terfikir soal kahwin kerana dia mahu mengenali Keith dengan lebih rapat.

“Perancangan nak kahwin? Sebenarnya, memang tak ada apa-apa perbincangan kea rah perkahwinan kerana kami baru sangat kenal. Sekarang, kami dalam proses mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain.

“Keith seorang teman yang sangat memberikan galakan. Dia juga antara sebab saya sertai pentas teater. Sebelum ini, Keith pernah terbabit dengan pementasan Ombak Rindu di Istana Budaya.

“Jadi, dia memberi dorongan kepada saya. Dia beritahu saya perlu buat untuk buktikan tahap lakonan dan jika dapat berguru dengan orang hebat, mengapa tidak? Keith sangat menyokong dan mahu saya pergi lebih jauh,” katanya.

Riena ditemui pada sidang media teater Andak Bertandak di Mafioso Ampang, baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Wanita Syurga itu terbabit dengan pementasan teater Andak Bertandak yang akan dipentaskan selama empat hari mulai 29 Ogos ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Pementasan teater Andak Bertandak diarahkan Azhar Zainal dengan skrip dihasilkan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Selain Riena, teater ini membariskan Azhan Rani, Ellie Suriaty, Fadhli Masoot, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.

Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak dan masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab munasabah.

Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.

Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharap mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton.

Layari www.cloudjoi.com untuk informasi lanjut atau pembelian tiket teater Andak Bertandak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Jul 2021

Wajar Percepatkan Proses Permohonan i- Citra, Benarkan Pengeluaran Lebih Tinggi

Isu i-Citra masih lagi menjadi perbincangan hangat rakyat di laman sosial. Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebanyak RM 5,000 berkala namun rata ratanya berpendapat ia tidak mencukupi untuk melangsungkan kehidupan. Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat […]

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Trending Sat, 9 Jun 2018

Epik! Lelaki Ini Bakal Berenang Dari Jepun ke Amerika Syarikat

Lecoeomte akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

[VIDEO] Hormati Perasaan Ameera Khan, Jefri Nichol ‘Unfollow’ Semua Wanita Di Media Sosial

Jefri Nichol unfollow ramai wanita hormati perasaan Ameera Khan

Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Featured Mon, 6 Dec 2021

Nyanyian Semula Layu Di Hujung Mekar Trending #1 Di YouTube, Ramai Puji Afieq Shazwan Sesuai Bawa Genre Lagu Jiwang!

Lagu Layu Di Hujung Mekar yang dibawakan oleh kumpulan RIO pernah menjadi popular sekitar tahun 90-an dan kini masih lagi didengari oleh penggemar muzik. Baru-baru ini, syarikat rakaman FMC Music telah memuat naik video nyanyian […]

error: Content is protected !!