Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2026 @ 2:58pm

Sudah Bergelar Mualaf? Keith Foo Enggan ‘Buka Mulut’ – “Biar Ia Jadi Tanda Tanya”

Pelakon yang juga kekasih Riena Diana, Keith Foo enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan dia telahpun memeluk agama Islam.

Kata Keith, 43, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada menguar-uarkan mengenai isu tersebut apatah lagi dia kini masih dalam proses mempelajari dan mendalami agama Islam.

“Biar itu jadi satu tanda tanya pada orang. Let’s see what happens end of this year. Buat masa sekarang, apa yang kita buat adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan menyokong, terutamanya dengan kerja.

“Sekarang dah nak puasa, jadi kita akan sokong satu sama lain sebab kita orang pun akan mula penggambaran serentak 20 hari bulan ni. Tahun lepas pun kita orang puasa bersama, tapi pada masa yang sama ayah Keith meninggal dunia masa bulan puasa. Rina ada dengan Keith sepanjang proses tu. Jadi tahun ni Keith akan cuba puasa penuh.

“Biar ia jadi tanda tanya. Ramai orang dekat luar sana suka bagi komen negatif, jadi bagi dia orang komen dulu.

“Nanti tengok macam mana dia orang punya reaksi kemudian. Keith rasa benda macam ni tak perlu diumumkan sebab benda ni datang dari hati kita sendiri. Jadi biarlah ia diketahui secara semula jadi,” katanya.

Keith berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jwanjih Kenyang di Banglo 289, Kuala Lumpur pada, Khamis.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keindahan Islam yang membuatkan dirinya tertarik untuk mendalami agama tersebut, Keith mengakui ketenangan yang dibawa oleh ajaran Islam menjadi faktor utama yang menyentuh hatinya.

Menurut Keith, Islam mengajarnya untuk sentiasa melihat setiap perkara yang berlaku, sama ada baik atau buruk, dengan hati yang lapang dan penuh kesyukuran.

“Saya rasa ketenangannya (peacefulness). Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita selalu sebut “Alhamdulillah”. Tak apalah, mungkin belum masanya lagi, mungkin lain kali.

“Selain itu, ia memberi ketenangan dan tidak memaksa. Akhir sekali, ia adalah bagaimana kita melihat diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya.

Featured Thu, 10 Jan 2019
Featured Wed, 19 Dec 2018
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Cabaran ‘Berat’ Sufian Suhaimi, Amira Othman

Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuan filem.

Featured Fri, 26 May 2023

Baru Satu Hari Tayangan, Filem Polis Evo 3 Kutip RM3.4 Juta!

Tahniah team Polis Evo 3!💪💪💪

Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

error: Content is protected !!