Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 18, 2025 @ 5:28pm

Bawa Famili Umrah, Buka Bisnes, Beli Tanah & Bina Rumah… Marygrace Guna Wang Kemenangan OIAM Sebaik Mungkin

Juara program realiti One in A Million (OIAM), Marygrace, 24, menyimpan hasrat untuk membawa ibu dan adiknya menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Meletakkan sasaran berangkat ke Tanah Suci pada tahun hadapan, pemilik Marygrace Jane Penserga itu menjelaskan perancangan tersebut perlu disusun dengan rapi memandangkan adiknya masih belum menamatkan pengajian dan kini berada dalam fasa akhir latihan praktikal.

“Itu salah satu impian saya selepas menang OIAM. Saya kena rancang betul-betul sebab adik masih belajar dan sekarang ini bulan terakhir dia jalani latihan industri.

“Walaupun dalam hati rasa belum benar-benar bersedia, ibu sangat berharap kami sekeluarga dapat menunaikan umrah bersama, termasuk ibu saudara saya. Insya-Allah, kami sasarkan tahun depan,” katanya.

Marygrace berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi minum petang bersama Marygrace dan Kai Deva di Lado Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Marygrace mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai juara OIAM yang berlangsung pada Februari lalu, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.

Kemenangan tersebut merangkumi wang tunai RM500,000, sebuah Peugeot 408 GT serta kontrak rakaman bersama Alternate Records, selain lagu baharu yang bakal digubah dan diterbitkan oleh komposer terkenal Ade Govinda.

Mengulas mengenai wang kemenangan OIAM yang dimenanginya, Marygrace berkata sebahagian daripada hadiah tersebut digunakan untuk membuka perniagaan mengecat kereta bersama rakan kongsinya di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya memang minat kereta sejak dulu, jadi saya gunakan peluang ini untuk ceburi perniagaan yang dekat dengan minat saya. Selain itu, saya juga melabur dengan membeli tanah kerana bercadang membina rumah untuk keluarga. Selebihnya saya mahu menyimpan,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya seni pula, Marygrace memaklumkan perancangan untuk mengadakan showcase bagi memenuhi permintaan peminat, khususnya di Sabah.

“Saya bercadang buat showcase sama ada di Kota Kinabalu atau Keningau terlebih dahulu sebab ramai rakan dan peminat di sana yang minta. Idea ini juga datang selepas melihat rakan seperjuangan dalam OIAM, Zazzleen Zulkifli, yang sudah mengadakan showcase bersama peminat sebelum ini.

“Saya menghadiri showcase Zazzleen dan melihat sendiri bagaimana suasana showcase yang mendekatkan penyanyi dengan peminat, jadi matlamat seterusnya saya sudah simpan hasrat untuk adakan showcase secara kecil-kecilan,” katanya.

Dalam pada itu, Marygrace sedang giat mempromosikan single terbaharu berjudul Langit Tak Menjawab ciptaan Acap Salim dan Arif Izo.

Karya tersebut menjadi lagu tema bagi telefilem Rumah Tanpa Cahaya lakonan Zarif Ghazzi dan Daiyan Trisha yang bersiaran baru-baru ini di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Confirm masalah Malaysia settle bila wakil rakyat ‘tenang’ – Caprice

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Hiburan Fri, 6 Jan 2023

Lucu! Gelagat Syatilla Melvin Jual ‘Preloved’ Baju Shaheizy Sam Curi Tumpuan – “Dengan Baju-Baju Aku Sekali Dia Pergi…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin menjual bajunya secara ‘preloved’, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Sam sedang merakam Syatilla yang sedang sibuk menjual […]

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Mon, 24 Mar 2025

“Cari Hak Di Mahkamah, Bukan Merentan Di IG”- Tuduhan Lepas Tanggungjawab, Fizi Ali Tegur Shakilla Khoriri

Fizi meminta bekas isterinya itu untuk tidak terus ‘merentan’ di sosial media

Featured Fri, 27 Feb 2026

Shila Amzah Pilih Hidup Sederhana, Mahu Bebas Hutang & Nekad Henti Tabiat Berbelanja Secara Tak Terkawal

Penyanyi popular, Shila Amzah berazam untuk memulakan tabiat gaya hidup sederhana  dan bebas daripada hutang.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Tak sabarnya kami nak tunggu November! Kami doakan segala urusan Datuk Fazley dan isteri dipermudahkan Allah SWT.

error: Content is protected !!